Bersih 2.0 & Hadi Diseret Dan Dihumban Polis – Semuanya Wayang Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur, 14 Julai- Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu, merupakan satu usaha terakhir untuk meraih simpati rakyat terhadap masa depan politiknya.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, Anwar Ibrahim gagal membohongi rakyat apabila tuan punya badan, Datuk Seri Hadi sendiri lebih rela untuk bercakap benar, dengan menafikan dakwaan Anwar tersebut.

“Pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.

Malah Hadi sendiri mengakui polis bukan sahaja telah melayan beliau dengan baik, malah semua peserta perhimpunan Bersih yang ditahan, telah diberikan layanan yang baik sepanjang tempoh tahanan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice mengesa pihak berkuasa khususnya pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Anwar yang terbukti bukan sahaja membohongi malah menghasut rakyat dengan tohmahan dan tuduhan yang cukup jijik terhadap pihak PDRM yang selama ini telah menyumbang jasa dan bakti demi menjaga keharmonian rakyat.

“Apa sebenarnya permainan yang hendak dimainkan Anwar lagi dengan mengaitkan Hadi dalam permainan penipuan dia. Adakah dengan meletakkan Hadi sebagai mangsa pihak polis, dia percaya bahawa penyokong Pas akan marah dan menuntut bela dan membalas dendam terhadap pihak polis.

Cukup-cukuplah Anwar, jangan cuba lari dari kenyataan bahawa apa yang dia buat selama ini, sehingga membawa kepada peristiwa Perhimpunan Bersih baru-baru ini sekadar untuk menyelamatkan dirinya dari kes liwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari selain memesongkan isu video seksnya bersama seorang wanita Cina sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk T baru-baru ini,” tambahnya lagi.

Permainan Anwar cukup terancang dan rapi. Jika sebelum ini, dia dan isterinya berjaya memesongkan isu ‘kekecohan pemilihan PKR’ dengan isu penganugerahkan gelaran `Anugerah Tuhan’ kepada Anwar, kali ini Bersih dijadilan alat untuk menyelamatkan dirinya dari isu liwat dan video seksnya.

“Kita semua terpedaya. Sejak mereka meng’uar-uarkan isu Perhimpunan Bersih 2.0, kita semua seakan-akan terlupa isu liwat dan video seksnya. Habis semua dipesongkan kepada isu Bersih, inilah kecekapan Anwar yang sebenar untuk memerangkap kita dan melarikan dirinya dari soal kerosakan akhlaknya sebagai pemimpin Agung pakatan pembangkang,” tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment