
Kuala Lumpur, 15 Julai- Sikap mendiamkan Pas Selangor dalam isu ADUN DAP kawasan Sekinchan, Ng Swee Lin yang mempersendakan dan mempermainkan hadis ketika berhujah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, inilah sebenarnya sikap Pas yang mengkaburkan mata pengundi Melayu dengan watak Islam yang dibawa oleh mereka sedangkan bila tiba untuk mempertahankan Agama Islam yang suci ini, mereka lebih rela berdiam diri dari kehilangan sokongan politik dari parti DAP yg kita tahu memusuhi Islam secara terbuka.
“Sebab itu orang bukan Islam semakin berani mempermainkan hadis, walaupun pembacaan yang salah mereka ini tidak merasakan apa-apa. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mana orang-orang yang bukan ahli sesuatu perkara telah
Yakinlah bala Allah SWT itu sangat hampir bila perkara seperti ini telah berlaku. Tapi kita yakin rakyat khususnya orang Melayu sedar bahawa Pas sedang menjual Islam utk kepentingan politik mereka dan kita juga menyeru kepada rakyat bahawa PRU13 ini kita satukan tekad untuk menolak Parti yang bersekongkol untuk membinasakan Islam ini di dalam negara kita ini,” ujarnya mengulas silap membisu kepimpinan Pas Selangor
Dalam masa yang sama, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid juga mempunyai pandangan sama, bahawa PAS adalah parti yang mementingkan kemenangan hingga sanggup permainkan agama demi keuntungan politik mereka.
“PAS sanggup kelu mendiamkan diri, membiarkan hadith dipergunakan oleh kafir laknat semata-mata untuk kekal berkuasa. PAS kini parti yang tiada prinsip, tiada asas perjuangan dan selain bersedia di cucuk hidung oleh "kekawan"mereka dalam pakatan pembangkang,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.


0 Komen
Post a Comment