Dalam syarat pembelian Charle Adam dari Blackpool, Jonjo Shevley telah menjadi barang tukaran, namun nasib baiklah sekadar pinjaman semusim. Kalau tak rugilah, mamat botak tu prospek masa depan yang cerah. Dapatlah Jonjo menimba ilmu dari pengurus Blackpool, Ian Holloway. Dan saya tengok cara Holloway main dengan rentak menyerang, memang baik untuk Jonjo bawa balik sebagai bekal musim depan.
Tapi saya rasa seorang pemain lagi boleh diberikan kepada Holloway iaitu Danny Wilson kerana musim ini sekali lagi beliau bakal kempunan untuk bermain walaupun sebagai pemain gantian kerana Kragiakos telah menyambung setahunb lagi kontrak.
Malah dengan kembalinya Agger, pemain remaja Scotland itu akan mensia-siakan masadepan beliau tanpa bermain dengan kesebelasan utama. pemain seperti Wilson perlukan permainan untuk membina kekuatan dan menimba pengalaman untuk mejadi pemain hebat. -Liverpool- Kita



0 Komen
Post a Comment