Jadikan Belia Sebagai Rakan Kongsi Pada Setiap Program UMNO

Beaufort, 11 Julai: Usaha menangani masalah remaja perlu digerakkan dengan kegiatan-kegiatan yang menjadikan setiap program yang diadakan turut berperanan membawa golongan ini sebagai 'rakan kongsi' terhadap kegiatan yang dianjurkan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, langkah itu perlu disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini yang sekali gus dapat menarik penglibatan mereka bersama dalam menggerakkan transformasi negara.

Menurut beliau, usaha membawa perubahan besar yang menyeluruh dan komprehensif menuju sebuah negara maju, ia turut menuntut transformasi sosial yang melibatkan golongan belia sebagai pelengkap.

''Kebiasaannya golongan ini dikaitkan dengan pelbagai gejala sosial namun hakikatnya golongan ini mampu menjadi 'kawan' kepada kerajaan dengan syarat segala aktiviti dirancang dengan baik dan teratur yang menepati cita rasa mereka,'' katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia Gegar Beaufort anjuran Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort dekat sini kelmarin.

Lajim yakin dan percaya jika segala program serta aktiviti sosial dilaksanakan mengikut perancangan yang betul, golongan belia atau remaja mampu menjadi pelopor kepada perubahan besar negara kelak.

"Semampu yang boleh kita ajak mereka untuk menjadi kawan kita, libatkan mereka dengan kegiatan yang dirancang dengan baik. Kalau kita jauh dari mereka, kita tidak dapat menyelami keperluan serta kehendak mereka," ujarnya.

Program yang diatur bercorak karnival selama sehari itu dihadiri kira-kira 3,000 belia dari kawasan Parlimen Beaufort

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih, Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort, Mohd Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim

.Menurut Lajim bila berdepan dengan golongan belia, kita pendekatan masa lalu. Tidak boleh digunakan pakai sebaliknya pendekatan yang perlu ialah memahami jiwa mereka dimana cita rasa, sikap, kecenderungan remaja tidak sama seperti dulu.

''Untuk membela mereka, perlulah kita memahami jiwa mereka, dengan cara Untuk membela mereka, perlulah kita memahami jiwa mereka, dengan cara ini kita dapat mencapai matlamat dan tujuan sebenar,'' katanya.

Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort dengan pendekatan menghampiri generasi muda dalam program tersebut Lajim yang juga Ketua UMNO bahagian Beaufort berkata ianya tidak boleh dilihat dari sudut politik semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi perspektif kemasyarakatan yang lebih luas. Masalah menarik penyertaan generasi muda timbul apabila ramai di kalangan mereka tidak memahami atau meminati aspirasi perjuangan politik.

Menurut beliau, golongan tersebut masih tidak mempunyai kesedaran politik dan idealisme perjuangan UMNO selain kerap diasak dakyah pihak tertentu.

''Dengan adanya pelbagai kegiatan kegiatan sesuai dengan cita rasa golongan ini , ianya dapat menarik mereka kembali yakin terhadap dasar dan perjuangan UMNO dari menuntut kemerdekaan dengan pengisian pelbagai program pembangunan yang turut dikecapi oleh golongan ini “ katanya

Dalam pada itu, Lajim turut memuji penganjuran karnival tersebut kerana berjaya menarik ramai belia dan remaja dari kawasan Parlimen Beaufort melalui pelbagai program yang diadakan sepanjang karnival tersebutr

Katanya, usaha Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort itu amat penting untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti membela masyarakat Melayu dan bumiputera di samping mengeratkan perpaduan selari dengan konsep 1 Malaysia.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment