Kerajaan DAP Tiada Idea Lain , Hanya Tahu Umpan RM100 Beli Hati Pengundi

GEORGE TOWN– Selepas mengumpan wang RM100 kepada warga emas kini kerajaan DAP Pulau Pinang meneruskan pendekatan yang serupa apabila bercadang untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri itu.

Ternyata kerajaan DAP Pulau Pinang seperti sudah ketandusan idea untuk meraih semula keyakinan rakyat terutama pengundi dengan hanya bersandarkan umpan RM100.

Mengulas mengenai cadangan terbaru itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan cadangan memberikan wang tunai RM100 menerusi Program Anak Emas Pulau Pinang hanyalah untuk memancing undi bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

“Ini bukan cara yang baik untuk mentadbir sebuah kerajaan dan sangat jelas pemberian itu bermotifkan politik,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra bersama barisan kepimpinan BN negeri di Pasar Air Itam di sini, hari ini.

Semalam Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini dengan syarat salah seorang ibu bapa bayi berkenaan adalah pengundi dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Program pemberian wang itu dijangka melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta setiap tahun.

Zainal Abidin berkata tindakan kerajaan negeri DAP itu boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka yang mendapat cahaya mata baru tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di negeri ini.

Katanya sebarang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan seharusnya melibatkan semua ibu bapa yang mempunyai kelahiran bayi baru dan bukannya kepada ibu bapa yang berdaftar sebagai pengundi sahaja.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment