Orang Mati Hidup Balik… Bohong Sudah Jadi Cara Hidup Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR 20 Julai – Melakukan pembohongan kini sudah menjadi sebahagian daripada agenda parti pembangkang termasuk Pas sehingga sanggup memanupulasikan kematian penyokongnya, Baharum Mohamad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram Bersih baru-baru ini.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, Pas pasti tidak akan memberikan sebarang reaksi atau jawapan terhadap isu berkenaan kerana pembohongan adalah sebahagian daripada cara hidup mereka.

“Tidak perlulah kita menyuruh Pas mengaku pembohongan yang dibuat oleh mereka, ini bukanlah pertama kali mereka berbohong, sudah sering kali melakukan perbuatan sebegitu hanya untuk mendapatkan simpati daripada rakyat.

“Jika benar Pas mempunyai intergriti, sudah pasti dari awal mereka akan memohon maaf terhadap kesilapan yang dilakukan oleh penyokong mereka yang memutar belitkan berita kematian Baharum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri Pas berhubung pendedahan penyokong pro kerajaan mengenai kematian Baharum dengan mempamerkan imej orang lain untuk memburukkan pihak berkuasa dan kerajaan.

Tengku Azman berkata, rakyat harus sedar dan tidak terus terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya Pas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memperdayakan orang ramai dalam usaha membangkit rasa kebencian kepada kerajaan dan Barisan Nasional khususnya UMNO.

“Pas kini sudah hilang hala tuju, perjuangan Islamnya sudah hilang sejak berkawan rapat dengan DAP dan PKR, mereka juga dilihat sudah teriikut-ikut dengan cara PKR berpolitik dengan membangkitkan sesuatu isu walaupun perkara itu tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka termasuk mempergunakan isu agama untuk kepentingan mereka tanpa memikirkan sensitiviti terhadap apa yang dilakukan. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment