KOTA BHARU - Setelah desakan pelbagai pihak kerana mengenakan bayaran parking di Stadium Sultan Mohammed IV, kerajaan Pas Kelantan cuba menutup sifat tamak mereka dengan mengatakan bayaran itu masih di peringkat cadangan.
Biarpun sudah banyak wang dikutip, namun dengan selambanya Pas mampu memberi penjelasan yang kurang memuaskan hati semua pihak.
Rakyat Kelantan, khususnya warga Bandar Kota Bharu tidak perlu bimbang berhubung cadangan mewujudkan ‘metro parking’ di bandar ini kerana ianya masih di peringkat kajian. Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata sehingga kini kerajaan negeri masih lagi mengkaji sejauh mana kesannya kepada masyarakat sekiranya perkara itu diadakan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah berhubung wujudnya Metro Parking di sekitar stadium sehingga ianya dikatakan menyusahkan orang ramai serta lari dari konsep kebajikan kerajaan negeri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata memang pihaknya ada menerima permohonan oleh pihak Metro untuk membuat bayaran letak kereta di situ, bagaimanapun ianya masih di peringkat kajian sejauh mana kesannya kepada orang ramai dan peniaga.
“Kita memang tidak berhasrat untuk mengenakan sebarang bayaran letak kereta, bagaimanapun kita menerima aduan dari pihak peniaga ada mereka yang tidak bertanggungjawab parkir kereta sehingga sehari suntuk di situ.
“Pihak kami juga merasakan, sekiranya ada bayaran untuk meletak kederaan di sekitar stadium, ianya akan memberi lebih ruang meletak kederaan yang lebih luas kepada mereka yang benar-benar ingin berurusan di situ memandangkan pemilik kederaan tidak akan parkir kederaan mereka dalam tempoh yang lama,” ujarnya.
Amat malang ulasan seumpama itu diberikan kepada rakyat. Begitu mudah Pas melaksanakan sesuatu perkara yang membebankan rakyat dan mengatakan ianya di peringkat kajian.
Kalau Pas benar-benar ikhlas pulangkan semua wang rakyat yang telah membayar paking di stadium itu.
Tidak perlu berdolak-dalik dengan alasan kerana rakyat sudah nampak konsep kejam kebajikan Pas.
Sumber-- KELATEKITO.NET


12:05 PM
Kalau tak menipu bukan ahli PAS namanya..menipu rakyat tentang perjuangan dengan berselindung disebalik ketayap puti..dan berjubah labuh jee..tapi dalam hati bernanah busuk..