Kuala Lumpur, 6 Julai- Patriot dan Pemuda UMNO akur dengan saranan dan kebenaran pihak kerajaan untuk membenarkan penganjur Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan Bersih di Stadium, ujar Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.
“Namun kami berpandangan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini tidak wajar diadakan di Stadium Merdeka kerana stadium tersebut amat significant pengertian kemerdekaan negara. Buatlah di stadium lain, seperti di Stadium Shah Alam,” ujarnya sebentar tadi bagi mengulas tindakan Penganjur Bersih yang memaklumkan akan meneruskan perhimpunan 9 Julai ini, walaupun di dalam stadium.
Namun, beliau memaklumkan bahawa Patriot dan Pemuda UMNO akan memerhati tindak tanduk mereka (Bersih 2.0) dan akan melakukan sesuatu kenal.
“Apa tindakan dan gerak kerja Patriot dan Pemuda UMNO, tunggulah YB Khairy sendiri akan maklumkan dalam masa terdekat. YB Khairy dalam perjalanan balik ke tanahair,” tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment