Shah Alam, 30 Jun- Pengakuan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan membiayai perhimpunan haram dan rusuhan 9 Julai adalah bukti kukuh bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim adalah antara dalang yang terlibat dengan perancangan perhimpunan haram dan rusuhan di Kuala Lumpur itu.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, sekali lagi wang rakyat akan diselewengkan oleh kerajaan pakatan haram DAP, PAS dan Pas pimpinan Khalid Ibrahim dari Selangor ini.
“Rakyat masih ingat bagaimana hasil pasir negeri di selewengkan oleh Khalid, rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit di gunakan oleh Khalid untuk membiayai ahli perwakilan PKR di Hotel Armada dan rakyat masih ingat bagaimana ratusan ribu ringgit dibazirkan untuk membiayai penderhaka institusi Raja Melayu di Selangor.
Tambahnya, tentunya pembiayaan itu bukan RM 1ribu, bukan RM 10ribu, bukannya RM100 ribu.
“Lebih buruk lagi sejarah akan mencatatkan yang hendak dibiayai adalah perhimpunan haram dan rusuhan yang akan membawa anarki kepada ibu negara
Sebelum nasi menjadi bubur, GAPS menggesa pihak berkuasa mengheret MB Selangor untuk disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana beliau membiayai perhimpunan haram dan rusuhan ini. Khalid Ibrahim kena bertanggungjawab diatas dokongan pentadbirannya menyokong Bersih yang kini nyata mirip pergerakan subversif dengan terbongkar dan tertangkapnya mereka-mereka yang mempunyai ideologi komunis yang mendalangi perhimpunan dan rusuhan 9 Julai,” tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment