KUALA LUMPUR 21 Julai – Pengakuan ikhlas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengakui hubungan parti itu dengan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’ perlu diterjemahkan dengan kata-kata dan sikap bertunjangkan kepada berani dan bukannya sekadar solekan untuk mengaburi ahli dan penyokong parti berkenaan.
Pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata jika berdasarkan kepada apa yang diutarakan oleh orang kuat Dewan Ulama itu, sudah pasti tidak akan berlaku persitiwa sepertimana pemulangan arak di Shah Alam serta yang terbaru ‘flip-flop’ kerajaan Kedah berhubung larangan pusat hiburan di negeri tersebut.
Menurut beliau Pas sepatutnya lebih berani dan menjadi orang kuat dan bukannya sekadar ‘junior patner’ kepada sekutu mereka hingga boleh dicucuk hidung dan paling menyedihkan seolah-olah tidak boleh membuat sebarang keputusan.
“Inilah hakikatnya yang perlu diketahui secara jelas kerana hingga ke hari ini, Pas seolah-olah bergantung harap kepada DAP dan bukannya DAP bergantung kepada Pas. Sebab itulah DAP lebih berprinsip dan tidak mudah mengalah berbanding kepimpinan Pas.
“Kalau nak bukti…tengok apa yang berlaku di Kedah..masa umum keputusan larangan terhadap pusat hiburan bukan main hebat, namun berubah wajah dan bertukar nada selepas itu apabila mendapat kritikan daripada sekutunya. Betul itu hak bukan Islam tetapi janganlah mendabik dada kononnya merekalah lebih Islam daripada UMNO dan sebagainya,” katanya.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini mengakui hubungan Pas dan DAP ‘bukan satu ikatan yang kuat’ meskipun ada pihak mendakwa parti itu terpaksa tunduk kepada DAP berhubung isu larangan premis hiburan di Kedah.
Harun menjelaskan, hakikatnya Pas dan DAP sekadar bergabung dalam satu pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.
Ini kerana, menurut beliau, walaupun dalam pakatan yang sama, Pas dan DAP adalah dua parti yang berbeza.
Ustaz Jamil seterusnya menegaskan kenyataan Harun Taib itu mengesahkan lagi bahawa mereka seolah-olah belum lagi bangun daripada tidur sebantal, namun mimpi yang berlainan.
Ini kerana katanya walaupun mereka berkongsi matlamat yang sama untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara, ideologi mereka masih boleh disatukan dan boleh berada di satu landasan yang sama.
“Cuba perhatikan betul-betul kenyataan orang kuat Ulama Pas itu. Bukankah jelas mereka masih berpaksikan kepada dua parti dan terbuktilah ideologinya berteraskan kepada dua partri. Jadi saya harap seluruh rakyat dapat menilai dan membuat peneletian yang sebenar untuk memastikan Islam terus terpelihara,” katanya. -MediaUMNO


0 Komen
Post a Comment