Penyokong Bersih 2.0 Tidak Profesional

Shah Alam, 26 Julai- Penyokong Bersih tidak matang dan tidak profesional mencemarkan Forum ”Apa Selepas 9 Julai” anjuran Akhbar Sinar Harian petang tadi di Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam.

Forum yang dipengerusikan Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi Dan Ekonomi (IDEAS) menemukan ahli panel yang terdiri daripada Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih 2.0 dan Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Forum yang sepatutnya dijadikan pentas membicarakan 8 tuntutan Bersih pada 9 Julai bertukar menjadi pentas kecaman dan hinaan terhadao kreabiliti dan kemampuan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan proses pilihanraya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kecewa dengan sikap tidak matang penyokong Bersih yang nyata tidak mahu membincangkan lapan tuntutan Bersih sebaliknya mencari jalan dan mengalih isu kepada memburukkan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan semua pilihanraya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar penyokong-penyokong Bersih dan pakatan pembangkang khususnya agar melapangkan dada dan bersikap terbuka untuk berbincang dan membahaskan isu-isu berkaitan pilihan raya di Malaysia di masa akan datang, dan bukannya mencari jalan dan mengalih topik perbincangan seperti apa yang berlaku hari ini, yang nyata tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Malaysia.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. inila risiko kalo berforum ngan pertubuhan haram

Post a Comment