
Kuang, 21 Julai- “Saya menolak usul ADUN Seri Setia, Nik Nazmi yang mahu membawa usul Perhimpunan Bersih supaya dijadikan usul dan diterima oleh Dewan yang mulia. Saya ambil kira bahawa usul ini adalah perkara yang haram kerana Bersih ini tidak dipersetujui oleh Tuanku Sultan Selangor, maka dengan itu saya pertahankan untuk membahaskan bagi mempengaruhi sidang dewan dengan menyebut nama nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang secara terang-terang menasihatkan jangan ada rakyat Selangor yang terlibat dalam perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu”, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuang, YB Abdul Shukor Idros.
Tambahnya, ketika membahaskan usul tersebut, beliau dilarang menyebut nama Tuanku Sultan Selangor. Beliau menyebut nama Tuanku Sultan kerana apabila melihat pembentang usul, Nik Nazmi menebut nama Yang Di Pertuan Agong.
Maka Perkara 37 yang disebutkan tidak boleh menyebut nama Yang Di Pertuan Agong, nama Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri dalam penghujahan di dalam dewan, tetapi kenapa ketika Nik Nazmi menyebut nama Yang Di Pertuan Agong, beliau dibenarkan dan tidak dilarang oleh speaker?
“Apabila saya menyebut nama Tuanku Sultan Selangor yang menitahkan bahawa rakyat Selangor jangan ada yang terlibat, maka saya dihalang untuk meneruskan ucapan saya. Saya pertahankan kerana yang pertama mengapa Seri Setia diberi keizinan dan mengapa ketika saya berhujah, saya dihalang dan saya melihat sendiri speaker DUN Selangor begitu marah sekali dan tidak sepatutnya seorang speaker meninggikan suara sesuka hati, menenting dan sebagainya dan bagi saya, saya tidak mengizinkan perkara Bersih yang diharamkan, nak dibawa ke dalam dewan yang mulia, nak dibahaskan dan kemudiannya nak disokong dan ia merupakan satu perkara yang memalukan DUN Selangor.
Oleh itu, saya tetap dengan pendirian saya, tetap menolak dan saya tetap mahu berhujah, tetapi kerana saya ditegah dengan alasan saya menyebut nama Tuanku, maka saya lihat memang ada rancangan untuk tidak mengizinkan saya untuk meneruskan penghujahan saya kerana banyak perkara yang saya sebut memang perkara-perkara yang boleh memalukan mereka (kerajaan pakatan pembangkang), maka saya ditahan untuk meneruskan perbahasan saya,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor.
Beliau berpandangan bahawa menyebut nama Tuanku Sultan bukanlah isu sebaliknya halangan untuk beliau meneruskan penghujahan kerana isu pokok sehingga menyebabkan beliau digantung dari dewan selama tiga hari, kerana isi-isi penghujahannya yang dilihat memberhaya kepada mereka sehingga speaker terpaksa mencari jalan untuk menghentikannya berbahas dan mengantungnya.
“Selepas Tuanku menghalang mana-mana rakyat negeri Selangor terlibat dalam perhimpunan haram Bersih, sebaliknya Menteri Besar telahpun mengeluarkan dana kerajaan negeri sebanyak RM 15 ribu untuk membantu kumpulan Bersih yang nak mengharu-birukan negara kita,” dedahnya.
Dalam masa yang sama, beliau melihat suara Tuanku Sultan Selangor sudah lagi tidak dihormati oleh kepimpinan kerajaan negeri yang ada.
“Suara siapa lagi yang tertinggi di peringkat negeri Selangor yang mereka nak dengar sedangkan Tuanku merupakan pemimpin nombor satu dalam negeri Selangor. Hari ini saya yakin bahawa Tuanku pun tidak suka perkara ini dan barangkali Tuanku murka.
Kalau kita lihat bukan sahaja penyertaan mereka malah Menteri Besar mengeluarkan dana kerajaan negeri untuk bantu perhimpunan, ini merupakan satu perkara yang buruk yang ditunjukkan kerajaan negeri,” ujarnya dalam pertemuan eksklusif sebentar tadi.


0 Komen
Post a Comment