DAP Angkuh…. Kenapa Letak Anjing Sebagai Calon, Baik Letak Babi?

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Dr. M.Kayveas membidas DAP yang bersikap angkuh sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan ‘calonkan anjing pun boleh menang’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada PRU Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon bagi menentang Barisan Nasional (BN).

“Kenapa pemimpin DAP sebut anjing dan tak katakan sahaja mahu letakkan babi sebagai calon dan kemudiannya kita tengok bagaimana reaksi masyarakat Cina yang selama ini mereka anggap memberikan sokongan pada apa yang DAP lakukan,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, apa yang dipaparkan ini secara tidak langsung menunjukkan sikap DAP yang menganggap bahawa pengundi-pengundi seolah-olah tidak wujud dan tidak penting dalam membuat keputusan.

“DAP merasakan bahawa mereka mempunyai hak atas apa yang telah berlaku selama ini iaitu semenjak mereka beroleh sedikit ruang dalam politik maka mereka mula memandang rendah pada orang lain termasuklah para pengundi yang memilih mereka sebagai pemimpin.

“Sebenarnya tidak hairanlah jika DAP suka membuat andaian atau perbandingan dengan binatang termasuk anjing kerana dalam Parlimen pun kelakuan mereka tidak ubah seperti monyet yang selalu sahaja melakukan kekecohan sehingga persidangan banyak terganggu,” ujarnya.

Katanya lagi, inilah sikap sebenar DAP yang ego sehingga sanggup mempersendakan para pengundi biarpun mereka mendapat kuasa hasil daripada kepercayaan rakyat pada mereka.

“Mereka ini belum pun menang lagi, baru saja mendapat sedikit kuasa dalam PRU lalu sudah bersikap meninggi diri dan bayangkanlah jika mereka mendapat mandapt untuk perintah negara maka tentunya akan rosak binasa kerana semuanya akan disamakan dengan binatang,” katanya.

Tambahnya lagi, bukankah lebih baik sekiranya DAP menggunakan masa yang ada dengan memperbaiki hubungan sesama rakyat, menjalankan tanggungjawab yang selama ini terbengkalai dan memastikan kawasan yang diterajui mereka menjadi lebih baik daripada semasa pentadbiran BN sebelumnya.

“Sebenarnya DAP tidak tahu apa nak buat kerana mereka adalah parti yang hanya tahu menyalahkan orang lain, menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan BN, malahan dengan cara itulah mereka mendapat kuasa dan akan meneruskannya untuk PRU akan datang.

“Kita lihat saja bagaimana demonstrasi Bersih yang mereka katakan kononnya PRU tidak adil dan telus sedangkan mereka menyerlah dan mendapat kuasa yang mereka agungkan sekarang daripada PRU yang kononnya tidak adil. Bagaimana mereka boleh menang jika PRU tidak adil?”

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk sama-sama menilai apa yang telah DAP lakukan selama mereka diberi kuasa. MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment