Anwar Ibrahim ’Bacul’ Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh

Kuala Lumpur, 23 Ogos- Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi semalam berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, membuktikan dia takut untuk disoal balas walaupun sebelum ini, dia sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan.

Tindakannya itu yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah dilihat seolah-olah ingin 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Bekas pembantu peribadinya, Rahimi Osman berkata, ramai yang kecewa kerana ingin menilai kebenaran dan beranggapan Anwar akan beri keterangan dari kandang saksi dan membiarkan dirinya disoal balas oleh pihak pendakwaan.

"Nampaknya, Anwar takut untuk disoal balas kerana dia sendiri risau jika jawapannya apabila disoal balas akan memakan diri. Biasanya penipuan akan terdedah apabila sesi soal balas dilakukan.

Nampaknya teori konspirasi yang dicipta dan disebut oleh Anwar dalam keteranganya di mahkamah pada hari ini langsung tidak boleh dipakai. Kerana dia memberikan keterangan dari kandang tertuduh yang mana keterangan ini disifatkan sebagai lemah dan tiada kredibiliti," ujarnya mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi semalam.

Tambahnya, sudah terang lagi bersuluh, solat hajat dan doa orang-orang dan penyokong tegar Anwar yang selama ini inginkan kebenaran tertegak sudah semakin jelas.

"Soalnya sekarang mereka mahu menerima atau tidak kebenaran yang tidak berpihak kepada mereka ini," tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment