
Frust aku tak dapat tengok permainan mantap Liverpool ketika membenam Bolton malam tadi ... nak buat camna, aku dalam perjalanan balik ke kampung di JB ...
apapun, tahmiah buat semua peminat Liverpool yang meraikan Liverpool membenam Bolton 3-1 malam nie dengan gol sulung untuk Liverpool dari pemain no 14, Jordan Henderson di minit ke 15 dan Charlie Adam di minit ke53, seminit selepas Martin Skratel menjaringlan gol kedua Liverpool....
Memang puas, moga rentak permainan Liverpool akan berterusan, dan pada game seterusnya 10 September nie, diharap dapat menjinak dan membenam Stoke dengan jaringan yang lebih besar...


10:45 AM
gua peminat setia Liverpool sedari kecil, tak pernah belot .... Go Liverpool Go !!!!
10:49 AM
guapun. ingat masa sekolah dulu sanggup berjaga tengok tv kt kantin asrama nk tengok liverpool lwn everton. sampai kena perambat warden.