
Kapar, 3 Ogos- Jika BN ingin merampas kembali kerajaan negeri Selangor dari pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang, gerakkerja BN Selangor harus berubah dan tidak lagi seperti dulu, ujar Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Rahman Palil.
”Gerakkerja secara berpasukan. Jangan ada gerak kerja dalam pasukan ada pasukan kalau nak kemenangan dan kejayaan. Aktiviti dan gerakkerja untuk memastikan kemenangan ini mestilah menawan hati rakyat. Kerja mengampu ini mesti kita kurangkan.
Dah tak boleh lagi kerja mengampu-ampu. Kerja berpura-pura untuk menawan hati rakyat juga pun dah tak boleh, rakyat dah bijak, rakyat dan pandai termasuklah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan UMNO sendiri,” ujarnya dalam satu wawancara ekslusif bersama UMNO-Online baru-baru ini.
Tambahnya, kalau ada pemimpin UMNO, denyutan nadi rakyat sudah tidak menyukai kita, kita harus terima hakikat bahawa parti lebih penting daripada pemimpin. Itu jelas, kalau UMNO dan BN nak menang.
”Pertelingkahan, perselisihan, cah keting, dan yang paling penting kita bekerja dalam satu pasukan tetapi ada pasukan lain, itu kena elak. Itu kalau UMNO nak menang, kalau tak payah. Kalau ada berapa banyak pun yang diperuntukkan, berapa banyak pun yang ditaburkan, rakyat sudah pandai.
Dunia dalam politik hari ini untuk rakyat sudah tiada sempadan. Dia boleh memilih. Persepsi juga memainkan peranan penting. Kadang-kadang persepsi yang buruk boleh jadi baik, persepsi yang baik pun boleh jadi buruk kalau kita tidak menyusun strategi yang lebih ampuh dan lebih mantap,” ujarnya yang juga ADUN Sementa, Kapar.
Beliau yakin dengan langkah dan strategi yang dibuat oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO negeri Selangor, Selangor akan kembali bersama Barisan Nasional pada PRU ke 13 kelak.
”Kekangan, kepahitan, keperiatan peniaga dan kepayahan dengan peraturan perniagaan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri yang sentiasa berubah dan tidak konsisten, cukai tanah naik, janji pilihan raya banyak yang tak tunai, bantuan kerajaan negeri yang pilih kasih, masa zaman BN mentadbir dulu, masa saya EXCO Agama, saya tak pilih kasih masa bantuan zakat, itu yang rakyat mula melihat, lebih banyak retorik yang dicipta oleh kerajaan negeri sekarang.
Saya yakin, kalau kita bekerja bersungguh-sungguh, BN boleh menang di Selangor ini. Kita pun tak semua kalah teruk. Dulu lain, sekarang lain. Tetapi bila sekarang lain, gerak langkah kita mesti penuh yakin bahawa kita kerja dalam satu pasukan dan kehendak rakyat harus kita lihat,” tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment