Hapus ISA- Dengarlah Luahan Hati Bekas Tahanan ISA

Kuala Lumpur, 16 September- EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Lokman noor Adam berkata, keputusan yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sememangnya satu keputusan yang sukar dan hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar berani dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

“selaku bekas tahanan ISA yang sempat bersama tahanan-tahanan lain lebih dua tahun, saya tahu betapa pentingnya undang-undang pencegahan di negara ini. Apabila teknologi risikan menjadi semakin canggih, sudah pasti lebih banyak usaha pihak yg tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan terrorisma dan subversive dapat dikesan oleh badan risikan kita sebelum ianya memudaratkan negara.

Di sinilah peri pentingnya undang-undang pencegahan seperti ISA wujud, sepertimana yang diwujudkan di Amerika, United Kingdom, Australia dan beberapa negara lain selepas trajedi 11 September 2001. Sebagai seorang Perdana Menteri yang berpandangan jauh, yang sentiasa mengambil kira pandangan akar umbi dan peka pada tuntutan masyarakat antarabangsa, saya yakin YAB Perdana Menteri telah mengkaji perkara ini dengan sedalam-salamnya bersama mereka yang ahli dalam soal keselamatan Negara,” ujarnya yang juga mantan MKT dan Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional.

Sudah pasti penghapusan ISA ini mempunyai kesan positif dan negatif. Apatah lagi dalam keadaan politik tanahair kita sekarang, sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan sewenang-wenangnya apabila terhapusnya ISA.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyokong penuh keputusan Perdana Menteri ini dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada beliau untuk terus memastikan keselamatan negara ini akan terus kekal ditahap yang membanggakan walaupun tanpa akta tersebut.

Usaha menyuburkan sistem demokrasi di negara ini pasti akan penuh dengan pelbagai halangan dan rintangan. Cabaran yang akan dihadapi dalam era politik baru yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ini pasti menjanjikan cabaran yang amat dasyat.

“Sungguhpun YAB PM yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional mampu untuk berdepan dengan era politik baru ini, saya sakin ianya akan lebih mudah kita harungi jika setiap rakyat turut sama membantu

Sungguhpun YAB PM yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional mampu untuk berdepan dengan era politik baru ini, saya yakin ianya akan lebih mudah kita harungi jika setiap rakyat turut sama menyumbang dalam menjayakannya,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. yes boss
    i like jilat2 you

  2. terhapusnya ISA ni bukan masalah kalau kita rasional. setiap manusia diberi akal& kita patut sedar malampau atau tidak perbuatan kita. bukan semua manusia bebas melakukan sesuka hatinya . setiap perbuatan ada hadnya. jika manusia itu beragama lebih2 lagi seorang Islam, iman lah yg menjadi benteng. undang2 hanya menjadi perisai bg mrk yg lemah...
    jgn lupa PM kata DUA akta baru bakal menggantikan ISA!! ntah2 lbh keras dari ISA?? yg aku tahu mahkamah akan mengambilalih tugas menghukum tahanan jika terbabit kes. dulu mrk dilepaskan stlh diputihkan tp lps ni hukuman mahkamah tetap menunggu bg setiap persuatan salah mengikut undang2!!!!

    tidak ada perkara yg sempurna! tidak ada manusia yg maksum (kecuali Nabi)...

    berlapang dadalah sebagai rakyat yg beriman & cintakan keamanan...

Post a Comment