Pas Kini Bukan Lagi Kendong “Ayam Sabung” Tapi Pikul “Biawak Hidup”

Timbalan Presiden Pas yang terkenal dengan jolokan “Mat Sabu” kini merupakan liabiliti dan merupakan “biawak hidup” bukan sahaja kepada parti yang kononnya melaung-laungkan Negara Islam, malah kepada pakatan pembangkang itu sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata perkara itu dapat dilihat daripada tingkah laku serta gerak geri penyokong mereka di akar umbi selain riak pucuk pimpinan sekutu rapat Pas seperti PKR dan DAP.

Menurut beliau di akar umbi rata-rata penyokong mereka dan rakyat yang lain sudah mula sangsi dengan perjuangan Pas yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja termasuk dalam isu kontroversi sejarah Bukit Kepong.

“Maklumat yang diterima mengatakan penyokong mereka sendiri mengeluh dengan perkara itu dan kesimpulan yang dibuat mereka menyebut itulah natijahnya memilih mereka yang bukan kalangan ulama berada di puncak kepimpinan.

“Sebab itulah timbul pelbagai cerita dan skandal yang akhirnya bakal menjahanamkan parti berkenaan. Mat Sabu hari ini bolehlah dikatakan ada ciri-ciri persamaan dengan Ketua Pembangkang yang juga menjadi biawak hidup kepada pembangkang”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah, Pas seolah-olah bersilat sendiri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain dalam menghadapi isu mengangkat komunis sebagai hero.

Sebab itulah ujar beliau Mat Sabu layak digelar biawak hidup yang bakal merosakkan hala tuju dan sokongan rakyat kepada parti pembangkang yang hari ini siang malam termimpi-mimpi menawan Putrajaya yang pada satu ketika dulu hendak dilelong oleh kepimpinan Pas.

“Hari ini kalau kita cerita Mat Sabu di kedai kopi macam-macam cerita keluar….timbul cerita kes khalwat dahulu, cerita yang tersebar di internet hari ini rakaman perbualan antara beliau dan Normah dan sebagainya lagi.

“Pendekkan cerita orang kampung pun tahu cerita dan kelakuan Mat Sabu yang kini orang nombor dua di dalam Pas. Jadi saya yakin, yang “totok“ tetap akan “totok“ selamanya dan yang atas pagar telah melihat dan mampu menilai siapa sebenarnya Mat Sabu, “ ujarnya. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment