Kerja Berpasukan, Teras Kelansungan Parti- Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan semua peringkat BN menjulang dan mengukuhkan lagi semangat bekerja berpasukan untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, bekerja dalam satu pasukan dalam Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat bahagian adalah teras kepada kelangsungan parti dalam membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

"Dalam bola sepak ada satu pasukan, dalam politik pun mesti ada satu pasukan. Kalau ada dua pasukan, jadi masalah...kalau tiga pasukan, boleh hancur. Jika satu pasukan, ia kuat dan untuk hadapi cabaran akan datang, ia lebih genting.

Suasana dan proses politik yang mencabar pada pilihan raya umum akan datang boleh dilalui oleh BN jika UMNO dan semua komponen yang lain bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu pasukan,” katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari bersama 400 pemimpin dan anggota BN di kawasan Parlimen Parit di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.

Katanya BN mempunyai kekuatan yang perlu dijaga dan dalam masa yang sama menyedari pihak pembangkang juga mempunyai kelemahan yang cuba 'disorok' mereka daripada pengetahuan rakyat.

“Semua pemimpin dan anggota BN perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon pada pilihan raya dan mengelak daripada berbalah sesama sendiri yang boleh menjatuhkan parti.

Katanya BN perlu mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas serta berusaha untuk mendapatkan semula kerusi yang ia kalah,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment