Hasan Ali Contoh Hukuman ‘Penderhaka’ Kepada DAP Dan ‘Anwarinas’



Pengguguran bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai amaran kepada mana-mana golongan dalam parti berkenaan baik ulama atau cendekiawan agar mengambil jalan selamat dengan menjadi “pak turut”.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata tindakan berkenaan tidak lebih sekadar ugutan dalam usaha merealisasikan matlamat Pas yang kini telah berubah iaitu matlamat menghalalkan cara.

Menurut beliau jika ada lagi mana-mana pemimpin yang berprinsip dan mengambil sikap seperti Hasan Ali itu, percayalah mereka akan menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang “berkiblatkan” Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak suruhan kepada DAP.

“Ini adalah kesinambungan kumpulan terbabit dalam memecahkan halangan dalam usaha menjadikan Pas sebagai sebuah parti pak turut dan dan tidak berprinsip. Sudahlah digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, diketepikan pula sebagai calon pilihan raya.

“Maknanya apa semua itu… Bukankah ini gambaran kepada umum bahawa apa yang diperkatakan selepas kemenangan golongan “Anwarinas” pada pemilihan Muktamar Agung mereka menjadi kenyataan.

“Bayangkan Hasan Ali yang dulunya diusung dan dijaja di segenap ceruk kampung, hari ini beliau diketepikan dengan begitu hina sekali gara-gara istiqamahnya beliau dalam mempertahakan institusi diraja, agama Islam dan Melayu,” katanya.

Mingguan Malaysia Ahad lalu memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas pusat.

Selain itu, Mingguan Malaysia turut melaporkan Pas Pusat juga akan menggugurkan beberapa pemimpin Pas lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dikenali sebagai Erdogan.

Dan semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kemungkinan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang kerana pihaknya masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili Pas pada PRU-13 nanti.

Namun hari ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad mengakui Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenaraikan sebagai calon dari negeri itu untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

Katanya keputusan tidak mencalonkan Hasan dibuat kerana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi di peringkat cawangan parti itu di kawasan DUN Gombak Setia, yang diwakili oleh Hasan.

Mengulas lebih lanjut, Ungku yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menegaskan kecelaruan kenyataan antara kepimpinan Pas berhubung pengguran Hasan Ali itu memberikan seribu makna dan penuh tandatanya kepada rakyat.

Malahan kata beliau lagi, penyokong mereka sendiri akan tertanya-tanya apakah yang berlaku itu dan menjangkakan akan lebih rumit selepas ini.

“Ada juga yang menyebut mungkin ini adalah permainan licik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kucunya dalam memastikan mereka ‘solid’ bagi menjayakan agenda dan kepentingan politik masing-masing,” katanya. – MediaUMNO
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment