Jangan Biarkan Diri Kita Dipengaruhi Rancangan Jahat Anwar Ibrahim

Pergerakan Pemuda MCA Negeri Selangor menyeru anak-anak muda khususnya di Selangor ini menolak segala usaha jahat pihak pembangkang dalam Rancangan 901 kerana ia lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan kepada rakyat 1Malaysia, ujar Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon.

“Kita kena lihat dengan jelas, kita kena pastikan agar kita jangan dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim khususnya dalam keadaan sekarang bila Anwar berusaha untuk membebaskan dirinya dari perbicaraan kes liwatnya, kerana ia akan merosak dan membinasakan keharmonian Negara ini.

Keamanan dan keharmonian Negara amat penting. Kita nak pastikan tiada pemimpin sebagaimana di Israel, di Thailand dan di beberapa Negara lain yang menghancurkan keamanan Negara dan seterusnya merosakkan keharmonian dan ekonomi Negara itu sendiri,” ujarnya ketika ditemui di Karnival Sayangi Selangor sebentar tadi.

Beliau berharap agar rakyat memberikan peluang kepada kerajaan untuk menjaga keamanan dan persoalan Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, bukan tanggungjawab rakyat sebaliknya biarlah mahkamah membuat keputusan, jangan biarkan diri kita terperangkap dengan dakyah pembangkang kononnya kes liwat Anwar ini sebagai satu lagi ‘Konspirasi Politik’.

“Saya rasa masa untuk kita sekarang ialah menjamin keamanan Negara. Lihat sahaja penipuan dan sandiwara 16 September, berapa ramai orang dah kena tipu. Hari ini kita lihat di Selangor, apa yang terjadi sama juga, mereka tidak dapat menjamin kesejahteraan negeri Selangor dan kita boleh lihat banyak pergolakan yang terjadi dalam pakatan pembangkang ini

Pakatan ini hanya sekadar satu pakatan dan bukannya satu perikatan. Satu pakatan yang hanya wujud untuk menang pilihan raya umum, kalau nak menang pilihanraya mereka terpaksa berpakat-pakat. Jadi jangan biarkan diri kita terjebak dengan pakat-pakat rancangan jahat mereka ini demi kesejahteraan kita bersama,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha MCA Negeri Selangor.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment