BN Ada Kekuatan Tersendiri Untuk Rampas Semula Selangor



Ahli Dewan Undangan Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz melihat Barisan Nasional (BN) negeri mempunyai kekuatan sendiri walaupun pelbagai kemelut dan isu melanda kerajaan pakatan yang diterajui PKR, DAP dan Pas di Selangor hari ini.

Menurut beliau walaupun isu terbaru yang melanda Selangor termasuk soal sampah dan kemelut dalaman Pas memberi sedikit kelebihan kepada BN negeri, namun kekuatan yang ada pada BN khususnya komitmen pucuk pimpinan membantu menyelesaikan agenda rakyat tetap menjadi perhatian.

“Usaha-usaha yang telah diambil oleh BN untuk menyelesaikan apa yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk setempat yang berpaksikan kepada Rakyat Didahulukan menunjukkan komitmen kita menjadi denyut nadi mereka.

“Berbanding kerajaan negeri, apakah usaha mereka untuk ke arah itu. Jika tidak silap banyak lagi janji yang ditabur sebelum pilihan raya umum yang lalu tidak ditunaikan dan rakyat nampaknya tertunggu-tunggu apa yang dijanjikan itu.

“Lain pula cara kita iaitu janji dan buat….Pendek kata bukan retotorik kosong semata-mata dan lihatlah bagaimana kepimpinan negeri membantu menyelesaikan apa yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Selangor hari ini, “ katanya.

Dengan memberikan contoh ketidakpuasan masyarakat India di kawasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ijok, Johan yang juga Ketua UMNO Hulu langat seterusnya menambah, itu merupakan manifestasi sebilangan mereka yang tidak berpuas hati.

Katanya perkara itu adalah berhubungkait dengan janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri dan apakah alasan yang mahu diberikan oleh kepimpinan Selangor hari ini.

“Itu baru satu….Saya rasa jika dihitung segala janji banyak lagi rakyat akan perkatakan satu demi satu. Begitu juga dalam soal pengurusan sistem pepejal yang difahamkan telah menimbulkan masalah kepada rakyat.

“Sebab itu saya katakan tadi, BN bukanlah sebuah parti yang penuh janji tetapi janji dan laksanakan apa yang ditabur kepada rakyat. Keseriusan pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN negeri dan kepimpinan yang lain menyerlahkan segala-galanya,“ ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau turut melihat apa yang berlaku terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang dipecat serta merta menunjukkan pekung sebenar parti berkenaan.

“Kita dalam UMNO setiap kesalahan akan diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Dalam soal ini saya melihat konsep keadilan tidak ada di dalam Pas dan itulah hakikat yang perlu diketahui umum,“ katanya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment