Double Standard Pas – Pengkhianat Parti Terlepas, Pejuang Dipecat


Pas sudah terpesong dari apa yang diperjuangkan, sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan parti itu diterima oleh DAP dan PKR termasuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengan pakatan pembangkang.
Selain itu, Pas juga dilihat `double standard’ dalam tindakan yang diambil seperti apa yang berlaku kepada bekas pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali kerana dilihat tidak sealiran dengan  pakatan pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan Pas kini dalam keadaan terdesak, dan yang terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa membela Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berikutan pendedahan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
“Kepimpinan Pas pernah mengeluarkan kenyataan, sesiapa yang mengadakan hubungan dengan UMNO, mereka dianggap sebagai pengkhianat kepada parti, tetapi lain pula nada Nik Aziz apabila ditanya berhubung pertemuan Haji Hadi dengan Pak Lah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan.
“Dalam perkara ini mengapa Haji Hadi terlepas sedangkan dia boleh dianggap sebagai pengkhianat kerana membelakangkan parti, sedangkan Dr Hassan tidak pernah membelakangkan parti hanya mengeluarkan beberapa kenyataan keras yang tidak disenangi oleh DAP dan PKR terutamanya, Anwar Ibrahim.
“Ini menunjukkan adanya `double standard’ , Pas bukannya sebuah parti yang pegang kepada perjuangan organasasi, Pas kini berjuang mengikut telunjuk orang luar dari parti itu, demi untuk menjaga hubungan mereka.
“Kita bukan untuk mencampuri Pas, tetapi untuk memberitahu rakyat supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh Pas yang kononnya berjuang atas nama agama tetapi ianya hanyalah sebagai slogan sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Nor Hafizah mengesa rakyat terutamanya orang Melayu supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang dicanangkan oleh Pas yang kononya berjuang untuk negara berkebajikan tetapi kebajikan ahlinya diketepikan hanya untuk perjuangan peribadi seseorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurutnya, Pas sekarang bukanlah sebuah parti yang benar-benar berjuang untuk rakyat tetapi berjuang atas nama politik dan agama untuk mendapatkan simpati rakyat supaya tidak terus diketepikan.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment