Exco Agama Islam Kena Rampas, Pas Dimalukan Lagi Dalam Rombakan Exco


Pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru namun demikian persoalannya mengapa portfolio yang diterajuinya adalah Belia dan Sukan sedangkan portfolio yang digugurkan dari Hasan Ali adalah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor?
Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Abdul Halim Sidek tidak hairan dengan senario terbaru tersebut lantaran kerajaan Negeri Selangor seakan sebuah kerajaan boneka yang akan menafikan mana-mana pihak yang bertegas tentang hukum-hakam Islam.
“Inilah yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar dari PKR, Khalid Ibrahim sedangkan disebaliknya cuba fikirkan siapakah penasihat kepada PKR itu, maka tentunya individu tersebutlah yang memainkan peranan penting,” katanya kepada UMNO Online.
Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor disempurnakan hari ini dengan menerajui Belia dan sukan sementara portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diletakkan dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor.
“Ada individu yang nak memenangi kedudukan politik dengan percaturan yang menggunakan boneka agar mudah berkompromi sebagaimana untuk memenuhi hasrat dan tujuannya dengan idea pluralisme ingin diserapkan di kalangan masyarakat tempatan.
“Apabila Anwar sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat PKR mengeluarkan ungkapan yang menyokong kumpulan gay dan seksualiti sebagaimana dalam wawancaranya di luar negara sehinggakan dia sebagai warganegara Malaysia tergamak mengatakan undang-undang negara ini lapuk maka ini secara tidak langsung menunjukkan peribadinya dan agamanya sendiri.
“Justeru, rombakan kecil dalam Kerajaan Negeri Selangor ini sebenarnya adalah salah satu daripada cita-cita politik bagi menyokong perbuatannya kerana tidak mahu orang yang tidak boleh di’control’ mengetuai agama sebaliknya portfolio tersebut dipegang oleh orang yang boleh diperkotak-katikkan, boleh diarah itu ini selain tidak bertegas dalam aspek tersebut,” jelasnya.
Ujar beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), undang-undang negara adalah jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi.
“Golongan ulama dan ilmuan telah menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad dan Islam sebagai agama Persekutuan amat jelas berkaitan hal ini dan itulah perkara yang dilaksanakan sekarang.
“Malangnya, Pas yang sebelum ini amat bertegas berkaitan Islam sehinggakan partinya juga ada nama Islam turut berkompromi dengan individu terbabit sehinggakan mereka menerima sahaja kerusi Exco yang diberi tanpa mempertahankan portfolio yang sebelum ini disandang oleh Hassan Ali.”
Tambahnya, Pas dilihat amat mudah menerima jawatan yang diberi dan amat mudah juga mengubah pendiriannya daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan atas alasan kebajikan itu lebih besar dari Islam.
“Mengapa Pas condong dan berubah kedudukannya apatah lagi realiti atau amalan sekarang Pas bukan hanya mengenepikan Islam tetapi turut berkompromi tanpa bertegas dengan apa yang boleh dipertahankan.
“Mungkin ada pakatan-pakatan lain atau percaturan politik sehinggakan portfolio berkaitannya boleh diganti yang mana ‘kebijaksanaannya’ hanya mereka yang tahu.” - MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. pendapat aku, makin haru birulah jadinya...kalau khalid ada latar belakang belajar agama, lain gak ceritanya...

    semakin senanglah kerja-kerja DAP nak menjahanamkan umat islam kat selangor...

    sedih melihat ape yang berlaku...ape pun, benda dah jadi sejarah...

    orang PAS sesat mesti malu giler punya...lepas tu macam-macamlah nak cover line...

    PAS perlu keluar dari PAKATAN...takda ape untung bergabung...

  2. apa khalid pegang exco agama ???
    khalid yang mintak maaf pada pastor DUMC lebih alim dan arif dari wakil rakyat PAS .
    Makin suburlah Islam liberal di selangor.
    Tahniah kepada elizebeth wong kerana dapat menguasai portfolio agama.

Post a Comment