Hassan Ali Terkejut !! Esok Bakal Dipecat Jawatan EXCO Selangor Plak



Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa PAS pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan  pemecatan itu.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan  daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk  menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
           
EXCO Selangor

Ini bukan sekadar keahlian dalam PAS…. Malah Hassan Ali juga bakal dipecat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor dalam masa terdekat…

Kalau sempat, esok juga pembelot ini akan ditanam hidup-hidup oleh Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu yang menyimpan dendam terhadap Hassan Ali sejak sekian lama….
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.