Jangan Terpedaya Dan Terlibat Kempen’ Bebaskan Anwar 901’



Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis berhubung gerakan hasutan di blog-blog dan hebahan media alternatif melalui kempen ’Bebaskan Anwar 901’ yang mengajak rakyat dan orang ramai mengadakan demostrasi jalanan haram ala Reformasi 1998 pada 9 Januari 2012 ini.

Sebanyak 3 laporan telah dibuat, diketuai Ketua Pemuda UMNO Ampang, Safarizul Mustafa bersama Othman Husain dan Muhamad Nizam Shith.

”Kita membuat laporan ini terhadap segelintir yang menggelar diri mereka pejuang bangsa yang merancang untuk mengadakan demostrasi jalanan ala-ala Reformasi 1998 pada 9 Januari ini.

Kita difahamkan, kumpulan ini dari Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM), yang jelas didalangi oleh Angkatan Muda Keadilan, yang cuba untuk menganggu-gugat keamanan negara, bagi membantah apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung kes liwat penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujar Safarizul Mustafa selepas membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Ampang menggesa rakyat membuka mata dan melihat perkara sebenarnya yang berlaku, inilah permainan politik kotor AMK yang cuba menghakimi dan menggugat sistem kehakiman negara dan cuba mengatasi perlembagaan negara.

”Mereka cuba memburukkan sistem kehakiman dan perlembagaan negara untuk menunjukkan kepada masyarakat dan dunia luar apabila apa sahaja keputusan yang dijatuhkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kelak, inilah satu keputusan yang tidak adil yang dibuat oleh kerajaan ataupun mahkamah dalam negara ini.

Kami berharap agar rakyat Malaysia tidak melibatkan diri dalam demostrasi tersebut dan menggesa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka-mereka yang cuba menganjurkan kempen ’Bebaskan Anwar 901’ ini,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Setuju dengan saranan SG. Setuju juga dengan saranan ZulNoordin iaitu kita akan sertai satu kumpulan yang akan memberi hentakan KO kepada kaum peliwat ini pada harai yang sama. Harap pihak-2 berkenaan siarkan saja tempat berkumpul, kami akan hadir dgn semangat untuk melenyapkan saki baki kaum nabi Lut dimuka bumi ini.

Post a Comment