Tidak Ada Beza Antara Anwar Bebas Atau Masuk Lokap 9 Jan Ini


"Usaha keji Anwar Ibrahim menghasut mahasiswa merusuh kaum Cina pada 13 Mei 1969; menyeru Mahasiswa menentang AUKU 1975; dan memaksa Mahasiswa menurunkan bendera pemimpin 2011 dengan jelas terbukti segelintir Mahasiswa Malaysia merelakan diri mereka diperhambakan dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim,” ujar Feriz Omar, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris).


Beliau turut mengucapkan syabas kerana memperjudikan nilai kebijaksanaan dan nilai harga diri Mahasiswa Malaysia demi masa depan politik Anwar Ibrahim yang kini nampaknya kian menjunam.

“Hakikatnya, apa saja keputusan ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Jan 2012, rakyat yang amalkan seks songsang akan tetap menyanjung dan terhutang budi kepada Anwar.

Ini kerana ikon itu adalah katalis yang berjaya membolosi pemikiran Melayu-Islam Malaysia yang jumud dan tidak liberal terhadap budaya seks songsang. Golongan seks songsang ini pasti bersyukur kerana Rakyat Malaysia pada hari ini mula sedar tentang kewujudan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui BBM hari ini.

Tambahnya, pasti mereka juga harapkan dari kesedaran itu akan lahir perasaan simpati serta belas kasihan ke atas mereka.

Mereka yakin Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan memberi mereka kebebasan hidup melalui perkahwinan sejenis selepas ini melalui 'hak kebebasan manusia', sepertimana dituntut oleh Pakatan Pembangkang serta kempen ‘Seksualiti Merdeka’ yang dipelopori Pengerusi Bersih dan Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga.

“Nasihat percuma kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, janganlah jadi pemimpin yang menunjukkan jalan ke neraka kepada penyokong-penyokong dan rakyat Malaysia,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment