Datuk Seri Anwar Ibrahim
merasa beliau sudah dapat tutup mulut Senator Datuk S Nallakarupan yang
dakwanya biseksual dengan menghantar notis 48 jam tuntutan RM100juta Khamis
lalu…nampaknya beliau silap besar.
Pagi Sabtu bekas rakan tenis
Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu,tampil adakan sidang akhbar
bersama rakan-rakannya Senator Ezam Mohd Nor,Ummi Hafilda dan Anuar Shaari.
Pada sidang akhbar di Kuala
Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar itu, Nalla menegaskan beliau
TAK AKAN LAYAN notis tuntutan itu dan kini tertunggu-tunggu surat saman segera
dari Anwar agar mereka dapat bersemuka di mahkamah.
Serentak dengan itu beliau
mendakwa notis tuntutan itu hanya gempak ‘cover line’ Anwar untuk tunjuk kepada
rakyat beliau sudah ambil proses undang-undang terhadap dakwaan itu semata-mata
kerana pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.
Ini,katanya melihat pada
hakikat kebelakangan ini Anwar hanya diam tidak buat apa sekalipun beliau
membuat berbagai dakwaannya terhadapnya dari masa ke semasa.
Pernah satu ketika lama dulu
Anwar menghantar satu notis seumpama itu pada satu dakwaannya yang lain.Namun
Ketua Umum PKR itu tidak ambil langkah follow up untuk
samannya.
Isnin lalu,dalam sidang akhbar
di Kuala Lumpur ,Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan mahu beliau
menyamannya jika itu fitnah.
Esoknya, Naib Presiden PKR
yang juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar
notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.
Turut kena notis berkenaan
ialah akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan Nalla. Nalla kata beliau
terima notis 48 jam itu Khamis.
Ezam pula memberitahu selain
notis yang tidak ada followup pada Nalla tidak lama dulu … perkara sama juga
berlaku pada notis Anwar pada Dr Chandra Muzaffar.
Bekas Setiausaha politik Anwar
itu yang turut dakwa Anwar biseksual kata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini
tidak ambil langkah membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke
liwat pertama dulu yang kata kejadian liwat berlaku.
Katanya jika tidak betul
dakwaan itu,Anwar sepatutnya sudah mengarahkan peguamnya meminta mahkamah
membatalkan perkara itu dalam keputusan bertulis berkenaan.
Ummi Hafilda yang menyifatkan
sidang akhbar bersama mereka itu sebagai tanda bermulanya ‘ perang nuklear’
terhadap Anwar...secara terbuka mendakwa beliau mempunyai bukti gambar yang
diambilnya sendiri menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin
Ali yakni Shamsidar Taharin.
Dakwannya Anwar yang waktu itu
Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki kereta Nalla.
Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada
sidang akhbar itu juga secara bersama berikrar untuk terus berperang membuat
pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar
Anwar.
Sumber: Pilihan Kita
0 Komen