Penubuhan PERINNBAM bukti pengiktirafan bagi masyarakat India- Tengku Adnan


Penubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM) pada hari ini merupakan bukti pengiktirafan bagi masyarakat India untuk bersatu hati menaik taraf dan menyatukan golongan belia dalam usaha membangun dan memajukan negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  pertubuhan ini kerana telah melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dengan menggunakan pelbagai platform masih terdapat banyak ruang dan peluang yang boleh diceburi oleh masyarakat India untuk menabur bakti dan bersama-sama masyarakat pelbagai kaum di negara ini tanpa melihat kepada latar belakang dan perbezaan yang ada.

Salah satu cara untuk meningkatkan taraf ekonomi di kalangan masyarakat India adalah melalui peningkatan skil di mana ini boleh dijadikan sebagai satu cara untuk memudahkan peluang pekerjaan. Peningkatan kesedaran tentang peluang yang ada di Malaysia perlu diberi dan bantuan khidmat nasihat yang disediakan oleh pertubuhan ini amat bermakna malah ia akan dapat membantu Malaysia untuk merealisasikan wawasan menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Saya juga mengalu-alukan pelaksananan program dan aktiviti amal yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat India untuk menaikkan taraf hidup mereka khususnya dalam bidang pendidikan, sukan,  sosial dan ekonomi. Dengan perancangan yang ada, ia tentunya akan dapat memupuk semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli dan masyarakat India,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM)

Tambahnya, segala usaha dan khidmat masyarakat pertubuhan ini akan dapat membantu menyatupadukan semua kaum India dalam satu kelompok. Lantaran itu, kita harus melihat antara satu sama lain dengan pandangan Malaysia. Dalam kata lain, sungguh pun kita terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan suku mahupun keturunan berbeza tetapi, kita harus insaf bahawa di bumi Malaysia inilah kita dilahirkan, di bumi inilah kita mencipta kehidupan dan di bumi inilah kita bersemadi.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada En. Thamotharan selaku Presiden dan PERINNBAM secara khususnya dalam usaha mereka untuk membuka cawangan mereka di seluruh Negara dengan tekad untuk menghulurkan khidmat sosial kepada mereka yang memerlukan.  Usaha murni sedemikian tentunya akan mendapat sokongan dari semua pihak termasuklah golongan NGO dan kerajaan.

Sememangnya tidak ada perkhidmatan yang lebih tinggi nilainya mahupun lebih mulia daripada mencurah jasa kepada negara. Jadikanlah waktu muda ini sebagai landasan bagi mengumpul bekal dan pengalaman untuk membentuk masa depan negara yang gemilang. Kerajaan sentiasa menyokong usaha menyatupadukan bangsa dan bersama-sama berganding bahu ke arah semangat 1Malaysia dan dalam masa yang sama diharapkan agar pertubuhan ini juga sentiasa memberi sokongan padu atas usaha dan dasar Kerajaan.  telah terbukti hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat melestarikan kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment