Boleh Berniaga Dengan Yahudi: Apa Kepentingan Hadi Awang Sebenarnya?


Pergerakan Pemuda UMNO Selangor yakin dan berpendapat bahawa masih ada bangsa Yahudi yang baik,  iaitu mereka yang dari mula memang tak setuju dengan peperangan dan penindasan terhadap rakyat Palestin, ujar ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal.

“Namun apa yang kita tentang ialah Negara Israel, yang kita labelkan sebagai Zionis. Maka kalau kita nak bekerjasama dengan Yahudi adalah sukar bagi kita untuk mengenalpasti samada mereka dari golongan yang mana, maka adalah lebih baik kita hindarkan sebaik mungkin perhubungan dengan mereka sehingga mereka meletakkan senjata dan mengikhtiraf kewujudan Negara Palestin.

Sehubungan dengan itu, kenyataan Hadi Awang baru-baru ini bahawa boleh bekerjasama termasuk dalam bidang perniagaan adalah terlalu umum dan seolah-olah seperti untuk mengambil hati Yahudi yang zionis dan dalam masa yang sama mengaburkan mata rakyat malaysia supaya Pas nampak lebih rasional dalam isu ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian  Serdang kepada UMNO-Online mengulas kenyataan Presiden PAS baru-baru ini bahawa boleh menjalankan kerjasama dengan Yahudi termasuk dalam bidang perniagaa.

Tambahnya, dunia perlu memberi tekanan kepada seluruh Yahudi supaya `Yahudi yang baik’ juga akan bersungguh-sungguh untuk menekan Israel zionis. Hanya Yahudi lebih memahami Yahudi.

“Maka saya bagi pihak Pemuda UMNO Selangor mendesak agar Presiden PAS, Abd Hadi Awang bertaubat, selain meminta meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana dia secara tidak langsung telah mengikhtiraf Yahudi yang melancarkan peperangan terhadap Palestin.”

Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang melihat kerjasama dengan Yahudi dan Zionis sememangnya dua perkara yang berbeza tetapi dalam konteks yang cuba disembunyikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang ialah hubungan antara Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pertubuhan-pertubuhan yang telah disahkan sebagai jentera propaganda zionis iaitu NDI dan KAF

Ketuanya, Safarizul Mustafa berkata, justeru inisiatif yang cuba dilakukan oleh ketua Agama seperti Hadi Awang dengan mengatakan boleh bekerjasama dengan Yahudi dalam bidang perniagaan baru-baru  ini semakin mengesahkan kewujudan Anwar Ibrahim sebagai barua Zionism, cumanya Hadi Awang cuba mengelirukan rakyat dengan Yahudi serta Zionis.

“Sejauh mana keyakinan Hadi sendiri, perniagan yang berjalan dengan pihak Yahudi ini, keuntungannya tidak akan disalurkan kepada tentera Zionis bagi meneruskan kempen perangnya terhadap rakyat Palestin.

Kesimpulannya, tidak boleh ada sebarang hubungan dua hala dengan Israel dan Yahudi kerana majoritinya mereka adalah penyokong regim Zionist,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment