Bekas kawan baik Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Datuk Nallakaruppan meneruskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar
Ibrahim merupakan seorang biseksual dan tidak layak menjadi Perdana Menteri
ataupun seorang pemimpin kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu, beliau yakin sebab utama Anwar
menyamannya ialah kenyataannya sebelum ini bahawa di dalam perlembagaan, tiada
peruntukan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau ketua
pembangkang.
“Saya tetap dengan pendirian saya, bahawa seorang biseksual tidak
layak menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang, bukan di Negara ini
tempatnya. Ini prinsip saya, prinsip yang tetap saya pegang walaupun saya
disaman RM500 juta sekalipun.
Saya tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu,
apatah lagi menerimanya sebagai pemimpin kepada masyarakat,” ujarnya kepada
pemberita mengulas mengenai saman Anwar Ibrahim terhadapnya.
Selain Datuk Nalla, antara pemimpin PKR dan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang bersama
dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli
Nordin, Datuk Gobalakrisnan, Anuar Shari, Zahid Mat Arip, Ruslam Kassim dan
Ummi Hafilda Ali, adik kandung Azmin Ali.
Dalam masa yang sama, Ummi Hafilda sekali lagi mencabar abang
kandungnya, Azmin Ali untuk menyamannya berhubung kenyataan bahawa beliau
seorang yang dayus kerana mendiamkan diri walaupun mengetahui bahawa isterinya,
Shamsidar Taharin mempunyai hubungan sulit bersama Anwar.
“Saya akan dedahkan segala-galanya, malah ahli keluarga akan
turut sama turun padang. Saya berani kata, ada hubungan seks antara Anwar
Ibrahim dan Shamsidar. Saya pergi mengintai datul Nalla pada 30 Jun 1997, saya
rakamkan segala-galanya. Saya cabar Azmin, Anwar dan Shamsidar saman saya,”
tambahnya.
Datuk Nalla juga mahu perbicaraan dimulakan segeraka sebab
beliau mahu rakyat Malaysia tahu kebenarannya tentang hubungan sulit Anwar dan
Shamsidar.
“Saya disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini.
Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari
pertemuan sulit ini,” ujarnya yang turut membuat laporan polis di IPD Sentul semalam
terhadap dua ugutan yang diterimanya
dari pihak yang tidak dikenalinya agar tidak meneruskan kempen memburukkan
Anwar Ibrahim.
9:43 PM
baru teringat satu masa dahulu didalam satu majallah wanita tempatan tersiar gambar samsidar disebut bahawa Shamsidar dilantik sebagai eksekutif sabuah bank dengan elaun bulanan sebanyak RM15,000.00 sebulan. Kerjanya pula sebelah pagi sahaja. Penerbit majallah tersebut perlu cari balik untuk kesedaran umum
7:15 AM
Kalau pemimpin tak ada integriti, tak ada rasa bersalah atau malu..apa nak jadi kpd rakyat.anak2 kecil muda mudi..rosak lah negara..jadi Anuar tolong lah jangan rosakkan rakyat dan negara..
10:56 PM
5cRbp ghd hair straighteners
ePzf michael kors handbags
dFvh ghd hair straighteners
3fMeu cheap uggs
4dIqh ghd sale uk