Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang)
hairan persoalan-persoalan tentang
moral, sahsiah dan kekayaan yang luar biasa yang dimiliki Timbalan Presiden
PKR, Azmin Ali melalui pemilikan saham dan isu-isu peribadinya, hubungan
intimnya dengan pemimpin-pemimpin tertentu dan hubungan intim antara pemimpin
tertentu dengan isterinya, sehingga kini masih diperkatakan namun masih tidak
dijawab dan dielak oleh Azmin sendiri.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, namun
sehingga ke hari walaupun dah hampir lapan ke Sembilan tahun mendengar berita
ini, namun Azmin masih tidak menjawab persoalan ini.
“Sebenarnya kita nak tuntut, rakyat
sendiripun nak dengar sendiri. Saya fikir ini bukanlah yang dikemukakan oleh
mereka di luar parti, tetapi ini dikemukakan oleh Dr Hassan Ali yang dahulunya
pernah bersama-sama mereka membina kerajaan negeri Selangor.
Saya lihat kerajaan Selangor pimpinan Khalid
Ibrahim ini mengamalkan kepimpinan ‘Kelambu’. Ketika mereka bersama dalam
kelambu, mereka tidak usik satu benda, tidak akan sebut pun satu perkara. Tetapi
bila pasangannya itu sudah tidak ada di dalam kelambu, macam-macam perkara dia
ceritakan,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Persoalan ini, jelas kepimpinan dalam pakata
pembangkang ini tidak dapat menyaingi kepimpinan BN dari segi permuafakatan.
DAP, PAS dan PKR memimpin saling ada dendam dan tidak ada kasih sayang.
Tambahnya, sehingga ke saat ini pun, jika masih ingat
isu berkaitan kamera video yang ditemui di pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim masih
belum diketahui siapa sebenarnya yang meletakkannya atau scam video tersebut.
"Saya juga melihat pertembungan antara Khalid
Ibrahim dan Azmin Ali, ianya bukanlah menjadi rahsia umum. Kalau kita lihat
juga dalam satu kes melibatkan Dr Hassan, soal RM300 ribu untuk kos
pengubahsuaian pejabat yang Azmin bangkitkan, namun akhirnya ditutup oleh
Menteri Besar.
Saya fikir sesame mereka ini pun ada pertembungan dan saya tidak
Nampak mereka boleh kekalkan kestabilan kerajaan yang mereka ada. Saya cukup
yakin bahawa BN boleh mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor pada
PRU yang akan dating,” tambahnya lagi.
0 Komen