Gantung Setahun Permit Akhbar The Star- Razlan



Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu akhbar ini telah menyiarkan iklan Ramadhan dengan sajian daging babi, dan  hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii hairan kerana dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato tertera perkataan Allah di dada penyanyi itu?

“Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya, En Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Sahabat-Gunung.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

“Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama setahun (1) kerana ini kesalahan ke-dua dalam jangka masa 6 bulan. Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak,” ujarnya lagi.

sehubungan dengan itu, kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada agama-agama lain.




Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Kenapa pulak nak digantung?Biarkan sajalah.Nanti sayangku tayangkan bontotnya baru korang tau.

Post a Comment