Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini
apabila Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy
daripada tuduhan melanggar disiplin parti.
Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP
seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya
dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.
Selepas berperang mulut dengan timbalan
setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh
berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman
parti.
-
Malaysiakini, 29 Disember 2011 -
Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak
nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas
hati.
Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui
oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi
itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah
pembawa panji keadilan di seantero dunia.
Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy
sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal
SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan
masyarakat India untuk kepentingan politik saja.
Apabila kuasa sudah berada dalam tangan,
pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah
dibuang.
Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka
antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India
yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.
Termasuklah kes terbaru pengguguran empat
orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan
Negeri.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal
Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk
menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah
timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan
Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.
-
Malaysiakini, 18 Mac 2012 -
Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga
ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy,
tiada yang akan terselamat.
Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka
terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho
Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit
Siang.
Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan
kedudukan masing-masing dalam DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti'
kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam
kepimpinan pusat parti.
DAP yang gah bercakap soal kebebasan
bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang
hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.
0 Komen