Kadir Sheikh Fadzir, Azimi Daim


Kadir lebih berminat dengan PKR sejak akhir-akhir ini.
Apakah yang dijanjikan PKR kepadanya? 
Berita mengenai pengunduran diri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dari UMNO bukanlah berita mengejutkan aku, malah sebagai pemimpin veteran, aku nampak keluarnya Kadir dari persona dunia UMNO merupakan satu langkah yang paling sesuai untuknya demi melunaskan cita-cita politiknya.

Biarlah dia pergi, tak perlu dipujuk lagi. Orang yang mempunyai kepentingan peribadi dan nafsu politik yang tidak berasaskan kepada perjuangan membela rakyat khususnya orang Melayu, adalah tidak layak sama sekali duduk sebagai ahli UMNO walaupun selama ini, pernah dilihat bersama-sama membangun memperkasa UMNO.

Cuma satu benda yang harus diperbetulkan adalah ayat Kadir meletakkan jawatan dalam UMNO…… Ayat yang sebetulnya ialah Kadir keluar UMNO kerana meletakkan jawatan seakan-akan dia ada jawatan dalam UMNO.

Datuk Azimi Daim
Namun apa yang lebih menarik, untuk dilihat lebih positif dengan dengan terkeluarnya Kadir Fadzir nie ialah ‘pembebasan’ karier politik bekas Ketua Pemuda UMNO Kulim Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim yang sejak kebelakangan ini dilihat seperti ‘DiPetiSejukkan’ oleh Kadir nie.

Azimi Daim adalah pemimpin muda UMNO yang cukup berbakat, berkarisma dan berkreabiliti, pada pandangan peribadi aku, jika diukur dengan kemampuannnya, Azimi Daim mampu membawa Kedah maju di masa hadapan.


Buat pimpinan UMNO Kedah khususnya di Kulim Bandar Baharu, terimalah kembali Azimi Daim dalam arus kepimpinan UMNO di sana. Berilah peluang kepadanya untuk terus memberikan khidmat bakti kepada UMNO dan rakyat khususnya. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    3:19 PM

    susah bro.. walaupun kadir tak dak, suku sakat dia byk. tu belum ambil kira pecacai2 dia lagi.

Post a Comment