Kedah Contoh Terbaik Betapa Pembangkang Adalah Pakatan Rebut Kerusi



Perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang seperti yang dilaporkan jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan di kalangan mereka dalam menentu siapakah yang berhak untuk bertanding di sesuatu kawasan.
Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datul Tajul Urus Md Zain menyifatkan pertelagahan di kalangan pembangkang sebenarnya bukan perkara baru malah sejak mereka berjaya menawan beberapa negeri pada pilihan raya lalu.
“Kemelut pembangkang ini bukan cerita baru, selepas pilihan raya 2008, mereka bertelagah untuk menentukan siapakah yang layak untuk menjadi Menteri Besar dan Exco seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.
“Kini mereka berebut kerusi pula, kesepakatan yang dikatakan sebenarnya hanyalah sandiwara sahaja, sebenarnya mereka tidak pernah sepakat, apa yang berlaku di Kedah bukti jelas mereka sebenarnya bermasalah,” katanya.  
Masalah perebutan kerusi di kalangan pembangkang bukan sahaja berlaku di Kedah malah turut membabitkan beberapa negeri lain seperti di Johor dan Perak, mereka sebenarnya ingin merebut jawatan  Menteri Besar.
Kecederungan itu dapat dilihat apabila DAP juga bercita-cita untuk meletakkan calon Melayu di beberapa kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya nanti bagi mengelak berulang peristiwa di Perak selepas pilihan raya 2008.
Tajul berkata, peristiwa yang berlaku di Kedah baru-baru ini berhubung perlantikkan exco negeri menunjukkan sememangnya tiada kesepakatan di kalangan parti sendiri seperti yang berlaku dalam pentadbiran Pas di kedah.
“Jika pembangkang asyik bertelagah untuk menunjuk dan merebut kuasa, bila masa mereka ingin menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, sudah pasti rakyat akan terabai apabila dan yang ruginya adalah rakyat sendiri,” katanya.
Menurutnya, rakyat tidak harus mengulangi kesilapan yang berlaku pada 2008, Kedah adalah contoh terbaik, sejak di perintah pembangkang, tiada kemajuan yang dilakukan oleh mereka untuk rakyat Kedah. 
Sumber: MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment