SELAMA hari ini rakyat sering
kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa
Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).
Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai
ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah –
mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.
Justeru, amat penting sekali
Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan
rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke
bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO
sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah
strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir
dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank
Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM
445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan
Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat
terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar belakang ini kes ini
secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan
pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.
Dimana Anwar terlibat? Anwar
terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya
dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses
lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan
Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC)
yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis
ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.
Suka juga nak disebutkan
bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk
diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan
ini jauh lebih penting.
Hakikat yang rakyat perlu tahu
berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar
tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana
Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir
sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana
Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna
kuasanya oleh pihak polis.
Sebagai pengasas politik wang
dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang
mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga
melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana
Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak
meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau
tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik
serakahnya itu.
Tapi yang lebih penting disini
ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak
bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah
dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku
14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang
melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan,
jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih
macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia
liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan
selamanyalah dia akan korup.
Kita lihat selepas ini sama
ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan
menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir,
seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.
Malah sekarang pun kita
dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang
mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.
Kenapa Anwar mengelak, ini
yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?
Kesimpulannya, rakyat yang
mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah
pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi
di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan
bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur
dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis
melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan
dengannya.
Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.
0 Komen