Siapa Hambali ni ??? kenapa pulak di mengamuk ??? bila saya baca
balik,memang patut pun apa yang dia kata.surendran ni pun bebal juga.macam lah
surendran ni bagus sangat.apa salah Utusan ??? betul lah apa yang utusan
kata.kenapa nak saman utusan pulak ??? saya tak nak komen panjang tentang
perkara ni.nanti cakap lebih-lebih surendran saman saya pulak !!! kita lihat
luahan Hambali.siapa sebenarnya Hambali ???
Hambali Abdul Latiff - Perunding Media. Bekas wartawan sepenuh
masa dengan Berita Harian,Harian Metro,Harian Watan,ntv7,TV1 RTM.Menulis
beberapa buku Politik & Kewartawanan.Boleh dihubungi melalui
hambalialatiff@gmail.com & hambali1954@yahoo.com
LIHAT KENYATAAN HAMBALI DI BAWAH
Naib Presiden PKR N Surendran ini memang KURANG AJAR dan BERLAGAK
TAHU ilmu kewartawanan apabila menuduh Utusan Malaysia mengamalkan‘kewartawanan
yang menjijikkan’.Saya tidak boleh menerima penghinaan seperti ini walaupun
saya bukan kerja atau warga Utusan Malaysia.
Saya tidak tahu warga Utusan Malaysia sama ada mereka boleh menelan
kata-kata pedih dan pahit ini. Ia suatu penghinaan bukan sahaja kepada
profesyen kewartawanan tetapi juga peribadi akhbar itu sendiri.'Kewartawanan
yang menjijikan' bukan tuduhan tetapi suatu kenyataan yang keluar dari mulut
pemimpin tinggi PKR ini sangat MENGHINA dan MENJIJIKKAN (pinjam kata-kata
Surendran). Apapun, Surendran dan Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan nak pusing, auta
atau ‘belit’! Yang penting jawab tuduhan senator Datuk S Nallakarupan itu.
Walau ‘belit’ sepanjang atau sebesar mana pun, yang penting rakyat
Malaysia nak tahu benarkah tuduhan terhadap Anwar oleh bekas rakan Anwar selama
30 tahun itu.Cara Surendran, pengamal undang-undang bercakap memang
menggambarkan beliau seorang yang cetek mengenai dunia kewartawanan.Selain itu
perangai pemimpin PKR ini jelas bersifat ‘cauvinis terhadap akhbar Melayu ini’!
Oklah, Anwar memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar
notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada kerana mendakwanya seorang biseksual
dan tidak memimpin pembangkang.
Tetapi kenapa mahu kaitkan Utusan Malaysia?
Lebih buruk tuduhan Surendran ialah mengatakan ‘akhbar milik Umno’
itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan
yang menjijikkan".Dalam kenyataannya semalam,Surendran berkata,laporan itu
sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana
menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. "Ketidakjujuran dan
ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media
yang dikawal oleh BN," katanya.
Sedangkan laporan atau pemberitaan oleh Utusan Malaysia adalah
straight forward reporting apabila memetik kata-kata Nalla pada sidang akhbar
di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kuala Lumpur,
kelmarin.Saya ulangi,pada sidang media,bukan pungut berita daripada cakap-cakap
atau spin giler seperti yang sering dilakukan oleh pemimpin PKR.
Atau Surendran hanya mengiktiraf laporan oleh Wall Street Journal
atau Jerusalem Post sahaja? Akhbar Melayu di Malaysia ini semuanya tidak betul?
Utusan Malaysia tidak memutar ‘belit’ pun kenyataan Nalla yang
secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual
berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan
Ketua Pembangkang itu sebelum ini.Malah,Utusan Malaysia memetik apa yang
diucapkan oleh Nalla (bukan komentar, ulasan, analisis atau sebagainya sama ada
dalam bentuk rencana atau analisis. Tidak salah dan tidak melanggar etika
kewartawanan pun.
Malah apabila Nalla mengatakan kecenderungan Anwar sebagai seorang
biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa “beliau sendiri pernah melihat Ketua
Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita” ia
bukan sengaja diada-adakan oleh Utusan Malaysia.'Ini semua cakap Nalla…malah
Nalla secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua
Pembangkang.
Kata Nalla lagi : "Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang
lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia
untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.”
Pendedahan kelmarin merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar
yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau.Dalam notis yang dihantar
kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut
permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu. "Tindakan ini diambil
demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam
dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran.
Kepentingan awam?
Habis yang diminta oleh Nalla itu apa? Bukan kepentingan awam?
Anwar perlu jawab secara jujur…jangan tuntut orang supaya adil dan jujur
sedangkan kita sendiri apakah kita jujur dan mahu menjawab secara terbuka
tuduhan Nalla itu?
Tak guna berbahas panjang. Saya cadangkan Utusan Malaysia siarkan
sepenuhnya transkrip sidang media Nalla itu.Tujuannya ia bukan direka-reka
untuk ‘belit’. Selain itu agar pemimpin PKR yang BAHLOL boleh membacanya dan
bukan Utusan Malaysia sengaja mahu mem’belit-belit’ berita itu! - Hambali
0 Komen