Baru-baru ini Parti Tindakan
Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.
Selama hampir setengah abad
parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat)
mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.
Sikap ekstremis DAP dalam
memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti
bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama
tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.
Sejarah mencatatkan bagaimana
setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala
Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah
berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil
melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa
Melayu.
"Melayu bangsat",
"Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi
jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati
orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung
Bharu.
Sikap bongkak, sombong dan
angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan
fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit
dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh
DAP.
Walaupun peristiwa 13 Mei
sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu,
anti-Islam dan cauvinisnya.
Pernah Karpal Singh (Pengerusi
Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu
apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam
terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara
ini.
Kini setelah berjaya memenangi
Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar
wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.
Parti ini kini kononnya muncul
sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu
ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang
Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya mengapa setelah
46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada
orang Melayu?
Kalau tidak kerana tamakkkan
kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan
sikap yang lunak kepada orang Melayu.
Antara langkah DAP untuk
me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin
cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.
Kenapa yang disasar hanya
kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?
Kalau benar-benar hendak
menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang
Melayu bukan golongan tertentu sahaja.
Sejak bila pula DAP bercakap
mengenai isu-isu berkaitan
orang Melayu?
Di mana DAP selama ini apabila
orang Melayu memerlukan
pembelaandalam segenap aspek
kehidupan seperti pendidikan,
ekonomi,kesihatan dan
sebagainya?
Sekarang mereka bercadang
untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan
politik mereka.
Sekali lagi balaci setia DAP
iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.
DAP yang ketika ini berkecamuk
dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan
taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.
Mereka tahu undi Cina hanya
setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana
kerusi parlimen atau DUN.
Oleh itu DAP mengaburi mata
orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.
Hakikatnya matlamat terpenting
DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik
Melayu.
DAP hanya berjuang untuk kaum
Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang
Melayu.
Setelah empat tahun di bawah
DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak
menampakkan sebarang perubahan pun.
Yang penting orang Melayu
mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.
Selagi DAP bernafas, selagi
itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.
0 Komen