KeranaMu Ronnie, SelangorKU Semakin Maju Dengan Industri Urut



Strategi bijak Kerajaan PKR, DAP dan PAS melantik Ronnie Liu sebagai Exco yang berkaitan dengan PBT membuatkan industri lendir di Selangor makin maju.

Yang terbaru, rumah urut di Kota Damansara pula diserbu.

Tukang Urut Warga Asing Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Kota Damansara 

PETALING JAYA: Polis menahan 16 tukang urut warga asing yang tidak mempunyai permit serta menyalahgunakan pas lawatan sosial dandua lelaki tempatan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-duaserbuan dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata dalam serbuan pertama ke atas sebuah pusat refleksilogi pada pukul 8.30 malam, enam wanita warga China dan empat wanita warga Thailand ditahan kerana tidak memiliki permit.

Beliau berkata seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu ditahan manakala kesemua wanita warga asing yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 28 hingga 40-an didapati tidak mempunyai permit kerja serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya premis itu yang beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu pernah diserbu sebelum ini bukan sahaja memberi perkhidmatan urutan biasa malahan dipercayai menawarkan khidmat seks tetapi hanya kepada pelanggan tetapsahaja.

"Kesemua tukang urut wanita yang ditahan itu dipercayai baru bekerja 10 hari yang lepas dan dibayar RM20 sejam sementara bagi urutan batin atau khidmat seks, pelanggan akan dikenakan bayaran bermula dari RM100 hingga RM150," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Arjunaidi berkata dalam serbuan ke atas premis kedua, seoranglelaki tempatan yang merupakan premis berkenaan serta lima wanita dan seoranglelaki warga China yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 30-an ditahankerana menyalahgunakan pas lawatan sosial masing-masing.

"Premis itu yang beroperasi sejak tiga bulan lepas hanya menawarkan urutanbiasa dan tidak menawarkan sebarang khidmat seks bagaimanapun premis berkenaantidak mempunyai lesen perniagaan sah," katanya.

Katanya operasi itu berakhir kira-kira 10.30 malam dan kesemua warga asingberkenaan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan.-BERNAMA

Letihlah pihak berkuasa macam ni. Tiap-tiap hari buat operasi pun tak boleh selesai masalah.

Kenapa Ronnie Liu tak arahkan pusat-pusat lendir ini dipotong bekalan air dan elektrik? Sebab kalau dia buat macam tu, macam mana DAP nak dapat duit dana pilihan raya.

*Kalau DAP berkuasa di Kerajaan Pusat, ketua kongsi gelap pulak dilantik jadi Ketua Polis Negara jika ikut situasi di Selangor.



Sumber: MyMassa
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment