Najib Umum RM7.5 Juta Cegah Banjir Di Hulu Langat


Najib umum RM7.5 juta cegah banjir di Hulu Langat
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk melaksanakan langkah mencegah banjir di kawasan Hulu Langatbagi tempoh jangka pendek.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan itumembabitkan pembinaan sebuah jambatan laluan utama dengan kos RM3.5 juta, duaunit pembentung (RM1 juta) dan pengalihan utiliti (RM3 juta).

"Saya telah diberi taklimat oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melaksanakan langkah untuk mencegah banjir bagi tempoh jangka pendek.

"Kita akan melaksanakan langkah jangka pendek pada tahun ini juga. Kalau boleh, kerja-kerja akan mula dilaksanakan sebelum pilihan raya diadakan,"katanya pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, di sini hari ini.

Najib, sebelum itu diberi taklimat oleh Pengarah JPS Selangor Ab Qahar Osman berhubung cadangan pembinaan kolam tadahan Sungai Serai, Hulu Langat,membabitkan kos RM15 juta, dengan keluasan enam hektar dan akan dibina dalamtempoh dua tahun.

Najib berkata bagi tempoh jangka panjang, pelbagai projek akan dilaksanakan termasuk pembinaan sebuah kolam takungan air.

Bagaimanapun, katanya pembinaan kolam takungan tersebut akan membabitkan soal pengambilan tanah.

"Ini kena tunggu, kita perlu ambil alih kerajaan negeri dulu. Lepas itu,kita buat projek takungan air. Selepas melaksanakan projek jangka pendek danjangka panjang, Insya-Allah, tidak akan berlaku banjir lagi," katanya.

Ab Qahar dalam taklimatnya berkata langkah jangka pendek yang akandilaksanakan ialah menaik taraf pembetong dan jambatan di jalan utama,melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Langat dan anak sungai secara berkala, menstabil dan mengukuhkan semula tebing serta menaik taraf saliran dalamankawasan kampung dan taman.

Selepas taklimat, Najib kemudian melawat rumah mangsa banjir. Pada 7 Mac lalu, banjir yang melanda daerah Hulu Langat, merupakan yang terbesar membabitkan lebih 3,000 keluarga yang terpaksa dipindahkan selain memusnahkan harta benda dan kemudahan awam bernilai jutaan ringgit.

Kawasan yang terlibat ialah Dusun Tua, Taman Sri Nanding, Kampung Sungai Serai dan Lembah Jaya Utara dan beberapa kawasan lain.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment