Banyak Lagi Kes Salah Laku PR Belum Didedah....


UMNO Selangor menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendedahkan salah laku bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai tanda bahawa masih banyak lagi penyelewengan yang masih disimpan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan UMNO Negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau sendiri pernah mendedahkan perkara yang sama ketika Hasan masih lagi menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat istiadat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, namun tiada sebarang respons diberikan Kerajaan Negeri.

Adun Kuang itu memberitahu, beliau tidak hairan kredibiliti Azmin yang mendedahkan isu tersebut setelah Hasan kini menjadi menjadi Adun Bebas.“Kita tidak hairan kerana sehingga kini Azmin masih lagi belum berjaya menjelaskan tentang pendedahan bekas pemimpin utama PKR, Anuar Shaari bahawa beliau mempunyai saham bernilai RM2 juta.

“Namun, perkara yang pasti adalah, masih banyak lagi salah laku pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang belum didedahkan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Azmin yang mendedahkan tiga rahsia Hasan setelah tidak lagi menjadi Exco Kerajaan Negeri, walaupun beliau mengetahui perkara tersebut lebih awal.

Abdul Shukor berkata, Azmin tidak wajar menyembunyikan salah laku pemimpin Kerajaan Negeri, walaupun ianya boleh menjejaskan imej PR. Menurutnya, Azmin perlu memberi respons terhadap dakwaan salah guna kuasa pemimpin Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Umno Selangor, sebelum ini.

“Jangan kerana dahulu masih menjadi kawan, salahlaku tersebut dirahsiakan, tetapi apabila menjadi lawan barulah Azmin mahu mendedahkannya kepada umum,” katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment