Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kawasan Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim mempersoalkan dengan sikap
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang putar-alam ketika membuat
kenyataan di dalam sidang Dewan semalam.
“Ketika beliau menjawab soalan Wong Kun Moon
(Kuala Kubu Bharu) soal pasir di Selangor, beliau mengatakan Menteri Pertanian
Dan Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) hanya pandai bercakap tetapi bila SELCAT
bersidang, dia tak nampak muka.
Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas
kerana Datuk Noh ada mengatakan bahawa beliau ada bukti dan sebagainya
berkaitan isu kecurian pasir di negeri Selangor, maka sepatutnya dia dipanggil
untuk memberikan bukti-bukti tersebut di dalam SELCAT tetapi dia tidak dijemput
langsung,” ujarnya.
Tambahnya, Datuk Noh bukan sahaja tidak
dijemput malah tidak dipanggil pun SELCAT malah Isa dimaklumkan bahawa Noh
terpaksa menulis surat untuk masuk mesyuarat SELCAT.
“Ini undang-undang apa? Betullah apa yang
dikatakan Datuk Noh bahawa ini undang-undang kangkaroo,” ujarnya yang juga
Timbalan ketua UMNO bahagian Hulu Selangor.
Sehubungan dengan itu, Isa melihat jawapan MB
Selangor menjawab persoalan Wong Kun Moon merupakan satu sangkaan jahat kepada
seorang Menteri, dan tidak wajar seorang Menteri Besar menuduh seorang menteri
sebegitu tanpa fakta yang betul.
“Inilah kerja pakatan rakyat yang suka membuat
tuduhan dan fitnah sahaja, 2008 mungkinlah rakyat boleh percaya tetapi 2012
rakyat tidak akan percaya lagi tuduhan dan fitnah tersebut kerana ia telah
banyak menipu kita,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Isa mempersoalkan tindakan
Speaker yang telah mengarahkannya keluar dewan selama dua jam, sekaligus
menafikan haknya untuk berucap membahaskan Titah Sultan Selangor.
“Ini menunjukkan DAP, baru sedikit kuasa kita
beri, mereka bukan sahaja boleh menghalau kita, mereka juga boleh menghalang
kita bersuara di dalam dewan yang mulia, tempat wakil rakyat menyampaikan
hasrat rakyat.
Lihatlah bagaimana zalimnya, kejamnya parti
DAP ini, bayangkan kalau dia berkuasa dan memerintah Negara kita, ke mana kita
akan dihalaunya pula. Jadi, saya harap rakyat faham dan sedar bahwa untuk
keselamatan dan kesejahteraan Negara kita di masa akan dating, kita harus
menolak pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang,” tambahnya
lagi.
Video perbualan bersama YB Datuk Isa Abu Kassim, ada di sini....
0 Komen