Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar
semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa
yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.
Semboyan yang sama didengar apabila
DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008
dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.
Bagi DAP dan parti pembangkang lain,
setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.
Malah melihat kepada semua dakwaan
kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang
didakwa dakwi selama ini.
Hakikatnya negara bakal menghadapi
pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.
Bermula dari kemenangan besar Parti
Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di
negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk
Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera
di bawah pentabdiran Mageran.
BN terus mengungguli kemenangan demi
kemenangan sehingga ke hari ini.
Kemenangan yang dicapai pula jauh
daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi',
'berat sebelah' dan sebagainya.
Hakikatnya rakyat sedar apa yang
dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun
dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.
Tidak mungkin Malaysia pada satu masa
dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan
kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.
Malaysia juga masih terus menjadi
antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di
dunia.
Sudah tentu segala program dan dasar
pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju,
progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.
Pembangkang terutamanya DAP tidak rela
melihat negara maju di bawah BN.
Sebab itu parti itu dan juga PKR serta
PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang
digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.
Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan
melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana
Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan
kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.
Malah jika dilihat prestasi
negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan
program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.
Malah di Kelantan yang diperintah PAS
sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa
meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.
Di Selangor pula, negeri yang diterajui
PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak
2008.
Malah yang didakwa menjadi dalang
kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah
pemimpin-pemimpin PKR sendiri.
Kedah pula di bawah PAS menghadapi
krisis kepimpinan yang serius.
Menteri Besar yang dianggap degil,
bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.
Akhirnya pembangunan negeri terbantut
akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri
berebut kuasa.
Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba
memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama
Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah
membangun di bawah BN.
Taktik DAP ini hanya satu muslihat
politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.
Parti itu pada dasarnya adalah serpihan
daripada PAP yang berkuasa di Singapura.
Ketika pilihan raya umum 1964, PAP
menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.
Setelah Singapura dikeluarkan dari
Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.
Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP
adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di
Singapura sekarang.
0 Komen