Logo PKR & DAP Bila bergabung ..... |
Berikut adalah laporan akhbar the Star hari
ini di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan
Membuatkan Kita Lebih Kuat). Menurut PKR
Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS
menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah
dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan
memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan
yang akan memudahkan penggabungan ini.
Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui
pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS
untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau
tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai
perkara ini. Antara respon yang dijangka
ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan
kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut
benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai
banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan
kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak
istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji
sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan
mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat
Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai
pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar
tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu.
Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage
control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap
mempertahankan perlembagaan.
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah
apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak
persamaan. Hakikatnya, PKR turut
menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar
Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di
manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat?
Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari
perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak
pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa
yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara
Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh
menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS
ingin dan akan melaksanakannya. Pendek
kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan
melaksanakannya.
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak
mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam
kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta
memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan
mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke
Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu
dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan
ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.
PKR sememangnya telah lama berada dalam
keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri
khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga
kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus
bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang
dirinya sudah tidak lagi popular di sini.
Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping
menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’
Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan
DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang
ketua sekali gus. Apatah lagi dengan
semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila
kuasa dan mempunyai sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah
menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam
genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini
akan direalisasikan walaupun jika
Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas,
dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan
menguntungkan DAP sahaja.
Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan
PAS mengenai perkara ini.
5:00 PM
Blog engkau ni tak de keja lain selain dari mengadu dumba