RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan
Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat
masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari
masyarakat India.
Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul
dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang
rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan
negeri tersebut.
Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah
antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan
sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan
prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap
memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana
masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.
Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.
Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh
diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari
penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.
Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu
terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N.
Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak
wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di
Kedah.
Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada
keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.
Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio
Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim,
sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di
belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang
paling hebat mengata.
Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’
Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen
pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat
kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.
Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama
Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.
Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan
Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam
pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan
mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai
warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate
ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri
tersebut adalah kecil.
0 Komen