9 Peristiwa HITAM Di Selangor Sejak PAKATAN Memerintah



(Sambungan 02) Berikut adalah Intipati Ucapan Datuk Satim Diman, Ketua Pembangkang Selangor dalam ucapan perbahasan titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada 20 Mac 2012....


Dalam konteks negeri Selangor, tempoh empat tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Pembangkang hari ini penuh dengan pancaroba dan insiden-insiden yang tidak pernah berlaku sebelumnya kerana setiap anggota keluarga mempunyai agenda tersendiri. Tidak ada ’central command’ dengan izin atau ’Kuasa Pusat’ yang kukuh. Akibatnya berlakulah peristiwa-peristiwa hitam seperti berikut :-

PERTAMA
Meminggir dan memansuhkan pelaksanaan dasar dan program-program Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh PKNS sebaik-baik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan negeri – mengikut jejak Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri yang memang terkenal penentang tegar DEB.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan dasar dan program DEB lah yang telah menjadi landasan kuat kepada kestabilan politik Selangor selepas tragedi 13 Mei, dan kejayaan program penyusunan semula masyarakat sebagai asas perpaduan rakyat berbilang kaum. Yang lebih penting, menjamin pembangunan ekonomi yang seimbang di negeri ini.

Kesan peminggiran DEB di PKNS telah menyebabkan PKNS sebagai agensi pembangunan agenda sosio ekonomi dan pemegang amanah bumiputera, lebih mengutamakan KPI memaksimumkan keuntungan melalui pelaksanaan projek-projek mega seperti pembangunan Dataran Jelatek Hulu Klang, Kompleks Sukan Kelana Jaya; penjualan harta-harta PKNS melalui ARREIT; pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan mengenepikan projek-projek rumah kos rendah. Atas KPI inilah PKNS terpaksa membayar gaji Pengurus Besarnya sebanyak RM 40,000.00 sebulan dan lain-lain kemudahan termasuk bonus berjumlah RM 1.4 juta dalam tempoh 23 bulan beliau bertugas di PKNS.

Kepada YAB Menteri Besar, ADUN Ijok, bukankah DEB inilah yang telah meletakkan ADUN Ijok ke tempatnya sekarang. Bukankah DEB telah memberikan peluang sepenuhnya kepada ADUN Ijok untuk berkhidmat dengan PNB, mempelopori projek Amanah Saham Nasional, Ketua Eksekutif Guthrie sehingga mendapat anugerah ’CEO of the Year’, dan akhirnya mendapat saham ”Golden Share Guthrie’ kerana kebijaksanaan dan kelicikannya mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

Tiba-tiba, setelah diberi mandat dan amanah mengetuai Kerajaan negeri Selangor melalui Pakatan Pembangkang, setelah mengecapi banyak kejayaan dan kemewahan melalui dasar DEB, sampai hati meminggir dan memansuhkan pelaksanaan dasar dan program DEB di negeri Selangor, sedangkan ramai lagi kumpulan sasaran yang masih belum lagi mendapat kemudahan.

Bagi rakyat Selangor khususnya kaum bumiputera, YAB dari Ijok adalah pengkhianat kepada bangsanya yang mendokong DEB, seorang hipokrit dan oppotunis, seperti kacang lupakan kulit – Bagai enau dalam belukar. Walau apapun rasional dan penafian YAB dari Ijok – itulah PESEPSI rakyat.

KEDUA
Kemelut dan kontoversi pelantikan YBhg. Dato’ Mohd Khusrin b. Haji Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor. Kerana tidak setuju dengan pelantikan beliau dan gagal meletakkan kroninya, Kerajaan negeri mengadakan persidangan tergempar untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 pada 21 Jun 2011 walaupun sudah tahu lebih awal tidak akan diluluskan kerana tidak cukup sokongan dua pertiga majoriti Ahli-ahli Dewan. Kerana keegoan Kerajaan khususnya YAB Menteri Besar sendiri, berlakulah krisis Perlembagaan Negeri Selangor dan polemik politik yang tidak perlu, membuang masa dan membazirkan wang rakyat.

KETIGA
Merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Hulu Selangor iaitu tapak projek

KEEMPAT
Membenarkan arak dijual secara terbuka termasuk di Shah Alam di mana majoriti penduduknya beragama Islam.

KELIMA
Membenarkan pembinaan banyak hotel-hotel bajet di merata pekan dan bandar di seluruh Negeri Selangor tanpa kawalan dan pemantauan. Di tambah dengan kewujudan              pusat-pusat hiburan, samada halal atau haram, Selangor menjadi syurga dan tempat tumpuan aktiviti maksiat, terutama dengan kebanjiran pendatang-pendatang serta wanita-wanita asing.

KEENAM
Pengeluaran pasir sewenang-wenangnya/secara besar-besaran tanpa kawalan dan pemantauan berkesan           yang telah menjejaskan alam sekitar dan meninggalkan lubang-lubang, kolam-kolam besar sebagai kawasan yang              sangat mahal untuk dibangunkan dimasa hadapan.  Walaupun Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri berjanji untuk memantau aktiviti pengeluaran pasir melalui Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. tetapi terbukti baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar The STAR pada 14hb Mac 2012.     
•          Exclusive Robbed Sand-Less
•          The Largest Illegal Mining Operation in Selangor so far
•          Saiz tiga padang bola
•          Dekat SKC Kampung Timah, Bukit Beruntung

Apa peranan KSSB yang diagung-agungkan oleh YAB Menteri Besar.

Bagaimana dengan janji dan jaminan YAB Menteri Besar bahawa kecurian pasir akan dikawal.
                               
YAB MENTERI BESAR BERBOHONG KEPADA RAKYAT.


KETUJUH
Pembaziran menjolok mata tanpa kawalan dan pemantauan seperti yang berlaku di Yayasan Selangor yang diakui sendiri oleh Pengurus Besar Yayasan.

KELAPAN
Cabaran dan keingkaran secara terbuka terhadap arahan-arahan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk memperlekehkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perlembagaan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Yang anehnya, gerakan ini dipelopori sendiri oleh beberapa tokoh dari PAS terutama Ahli Parlimen Shah Alam  dibantu oleh ADUN Meru yang sekarang menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.  Mungkin kerana itulah ADUN Meru tidak layak menjadi Exco.  Hanya YAB Menteri Besar saja yang tahu.

KESEMBILAN
Kemuncak kepada episod-episod ini ialah pemecatan YB    ADUN Gombak Setia dan pengguguran beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab kepada Hal Ehwal Agama Islam.




(BERSAMBUNG) Ucapan 3 – Datuk Satim Diman
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment