Ketidakstabilan Politik Dan Pentadbiran Kerajaan Selangor - Satim Diman


Berikut adalah Intipati Ucapan Datuk Satim Diman, Ketua Pembangkang Selangor dalam ucapan perbahasan titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada 20 Mac 2012....


Hari ini 20 Mac 2012, merupakan hari yang ke 1,460 atau hampir empat (4) tahun negeri Selangor di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Pembangkang. Tempoh empat tahun sudah mencukupi kepada rakyat negeri Selangor untuk membuat penilaian secara realistik dan objektif tentang kemampuan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor. Dan yang lebih penting, sejauhmanakah mereka telah berjaya menunaikan semua Janji dalam MANIFESTO PILIHAN RAYA Ke-12, 2008.

MANIFESTO PILIHANRAYA yang menjanjikan langit, roket dan bulan sehingga rakyat terpedaya tetapi akhirnya tertipu dan membuat kesilapan kerana meletakkan mereka di tempat yang bukan ahlinya. Inilah akibatnya apabila kita menyerahkan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya seperti Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

Sejak dahulu lagi kami telah menjangka bahawa Kerajaan negeri hari ini tidak mampu untuk mewujudkan sebuah Kerajaan yang stabil dan mantap kerana dianggotai oleh tiga ahli keluarga yang berbeza ideologi, pendekatan, keutamaan dan kepentingan. Satu pakatan yang rapuh. Satu perkahwinan yang tidak berdaftar. Semata-mata ’Marriage of Convenience’ dengan izin, Tuan Speaker.

Anggota Pertama dengan ideologi dan dasar perjuangan yang sudah melencong dari negara Islam ke Negara Berkebajikan. Kerana apa ? Semata-mata matlamat menghalalkan cara. ’The ends justify the means’. Dengan izin Tuan Speaker.

Anggota Kedua dengan konsep Malaysian Malaysia yang sentiasa mencabar asas-asas kewujudan negara Malaysia dan semangat kontrak sosial serta Perlembagaan Malaysia.

Anggota Ketiga ialah Ketua Keluarga yang bercita-cita dan bernafsu besar untuk meletakkan ketuanya ke Putrajaya dengan projek 16 September yang terbukti gagal ala MAT JENIN.


Kecelaruan dan kerapuhan ini terbukti dengan pemecatan     mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, ADUN Gombak Setia yang kemudian digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Kebudayaan & Warisan dan Infrastruktur.


Secara kebetulan, pada masa yang sama sahabat mereka di Kedah mengalami masalah yang sama juga. Bergolak. Walaupun dalam keluarga Anggota Pertama, tetapi sebenarnya atas tekanan Anggota Kedua dan Ketiga terutama Ketua Keluarga yang mempunyai kepentingan dan keutamaan sendiri.

AKIBATnya, rakyat menderita, pembangunan negeri terjejas dan kesejahteraan rakyat terabai.


Dalam konteks negeri Selangor, tempoh empat tahun pemerintahan Kerajaan hari ini penuh dengan pancaroba dan insiden-insiden yang tidak pernah berlaku sebelumnya kerana setiap anggota keluarga mempunyai agenda tersendiri. Tidak ada ’central command’ dengan izin atau ’Kuasa Pusat’ yang kukuh.


(BERSAMBUNG) Ucapan 2 – Datuk Satim Diman
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment