Politik Ekstremis Dong Zong Tajaan DAP



Politik ekstreme Dong Zong tajaan DAP gagal menyumbang untuk capai matlamat Dasar Pendidikan Negara


Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) berpendapat, Dong Zong wajar bertanggungjawab bila Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ditumbuk dalam perhimpunan pertubuhan pendidikan Cina itu di Kajang kelmarin. Memperlakukan sedemikian rupa, bukan contoh yang baik dalam sebuah negara demokratik yang merdeka seperti Malaysia.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, hasrat Dong Zong untuk menjadi pertubuhan pendidikan ekstreme cina di negara ini tidak akan mencapai apa-apa matlamat kecuali menjadikan bangsa Melayu dan India lebih berwaspada dengan corak politik dunia pendidikan Dong Zong yang semakin buas sekarang.

“Rentak perang yang dimainkan menjelang pilihanraya membawa maksud yang pelbagai yang kadang-kadang tidak menguntung bangsa Cina keseluruhannya di negara ini.

Bayangkan jika hanya guru Melayu mengajar di SK, hanya guru India mengajar di SJKT. Munasabahkah, wajarkah, adilkah guru berbangsa Melayu dan India yang mengajar di SJKC dihumban keluar semata-mata kerana perbedaan warna kulit?,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas tindakan ganas terhadap Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini di Kajang.

Tambahnya, Dong Zong juga dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparthied yang telah buat sekian lamanya ditolak oleh semua bangsa didunia ini.

Jurang pendidikan yang semakin melebar antara golongan rakyat tentunya tidak menyumbang kepada negara yang aman, stabil dan makmur.

“Kaum Cina wajar mencari pendekatan yang lebih lunak dalam masyarakat yang berbilang ras dan keturunan dinegara ini. Selamatkan negara ini  dari arus ekstreme Dong Zong dalam dunia pendidikan,” ujarnya yang juga Mantan AMK Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment