Xavier Bengang Dituduh Belanjakan RM300K++ .... Betul ker?



Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar menggelarkan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai 'pembohong' apabila mendakwa beliau membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabat.

Beliau ketika ditemui berkata, dakwaan Hasan itu tidak benar dan mangganggap ia hanyalah tuduhan jahat oleh bekas Exco kerajaan negeri itu untuk memburuk-burukkan dirinya.

Sebaliknya, beliau mengakui telah membuat pengubahsuaian pada pejabatnya yang melibatkan penggantian permaidani selain membuat pembahagian dua bilik kecil (partition) di pejabat beliau di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Namun, beliau menafikan jumlah untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan hujung tahun 2008 itu melebihi RM300,000 sebaliknya beliau menyatakan kos itu dianggarkan kurang dari RM100,000.

"Ia satu tuduhan jahat. Mengapa beliau mahu mengaitkan orang lain dalam maslah beliau, saya tidak tahu kenapa.

"Apa yang didakwa Hasan itu hanyalah satu pembohongan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyatan Hasan hari ini yang menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali membandingkan kos kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Xavier serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Menurut Hasan, perbandingan itu harus dibuat Azmin yang sebelum ini mendakwa pengubahsuaian pejabat beliau ketika menjawat jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri adalah melibatkan kos yang tinggi.

Jelas Hasan, pengubahsuaian pejabat yang memakan kos RM300,000 itu bagaimanapun telah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri sebelum ini. 

Malah, Hasan turut menegaskan bahawa tuduhan Azmin itu secara langsung mempersoalkan kredibiliti anggota Exco dan kerajaan negeri dan meragui kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Halimah ketika ditemui selepas sidang DUN turut menafikan dakwaan Hasan tersebut. 

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa sepanjang menjadi Exco kerajaan negeri, beliau tidak pernah melakukan apa-apa pengubahsuaian terhadap pejabatnya hingga ke hari ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi YB.

    Parlimen dibubar : 4 Jun 2012 Isnin)

    Hari Penamaan Calon : 11 Jun 2012 (Isnin)

    Hari Pembuangan Undi : 24 Jun 2012 (Ahad)

    25 Jun 2012 confirm jadi YB - Berapa ongkos, belakang kira!

    Dari sekarang sehingga pembubaran parlimen (4 Jun), BN masih ada lagi 5 talian hayat official yang perlu digunakan sebaik mungkin....
    1 Mei 2012 - Labour Day (Selasa)
    5 Mei 2012 - Wesak Day (Sabtu)
    30 Mei - Pesta Kaamatan, Sabah (Rabu)
    1 Jun 2012 - Gawai Dayak (Jumaat)
    2 Jun 2012 - Hari Keputeraan YDP Agong (Sabtu)
    So spend ..... spend ..... spend..... until last cent! That's what Talian Hayat is for!
    Good luck to our future YBs.....
    Like · · Share

Post a Comment